• img
  • img
  • img
  • img
  • img

PENGUMUMAN

Permohonan Online Kemasukan Ke Kolej Pertanian Malaysia Bagi Sesi Julai 2015

[Info Lanjut]

 

Senarai Keputusan Tender Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2015

[Info Lanjut]

 

Keputusan Sebut Harga Mac 2015

[Info Lanjut]

 

Pertandingan Pembaca Aktif 2015

[Info Lanjut]

 

Pertandingan EKRIS 2015

[Info Lanjut]

 

Peringatan Integriti: Manusia Yang Berintegriti Adalah:

[Info Lanjut]

 

Pemberitahuan Mengenai Permohonan Kebenaran Import Tahun 2015 Untuk Haiwan Hidup dan Produk Haiwan, Kubis Bulat, Biji Kopi Mentah dan Kelapa Tua Biji.

[Info Lanjut]

 

 
KATA ALUAN KETUA SETIAUSAHA  
 
 
 
   

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

      Selamat datang ke Portal Rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.

      Sektor Agromakanan merupakan antara sektor yang menjadi sumber penting bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan pada hari ini amat prihatin tentang food security negara kerana ia merangkumi tanggungjawab Kerajaan agar rakyat mendapat makanan yang cukup, selamat dan boleh diakses.

      Kerajaan amat komited terhadap usaha memajukan sektor agromakanankerana sektor ini mempunyai masa depan yang cerah walaupun berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Sektor ini akan kekal sebagai teras ekonomi dan pemangkin kepada perkembangan pengeluaran negara secara keseluruhannya. Anjakan minda ke arah penerimaan bahawa pertanian itu satu perniagaan adalah satu cabaran penting yang perlu dipikul oleh MOA 

      Dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, saya berharap usaha MOA dalam mentransformasikan sektor agromakanan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Bagi anak-anak muda di luar sana yang merupakan generasi pelapis Negara, peluang di dalam sektor ini perlu direbut kerana ia manjanjikan manfata yang cukup besar.

      Keupayaan untuk melihat perubahan pada masa hadapan merupakan satu kelebihan yang tidak ternialai sekiranya ia dimiliki oleh usahawan tani biar pun menghadapi risiko yang tinggi, keperluan pengurusan yang cekap serta dibantu dengan strategi berkesan akan membolehkan pelaburan dalam bidang pertanian memberi pulangan yang baik.

      Saya percaya bahawa transformasi sektor agromakanan hari ini memerlukan usaha berterusan, dan Kementerian akan terus komited dalam usaha ini. Menerusi portal Kementerian, maklumat berkaitan perkembangan sektor agromakanan dan peluang yang diberikan akan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Diharapkan juga agar maklumat yang diberikan dapat menyediakan usahawan untuk menceburkan diri didalam sektor ini. Dengan sokongan rakyat serta komitmen kerajaan, tidak mustahil transformasi sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian terima Kasih.

YBhg. Dato' Mohd Arif bin Ab Rahman

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani