|
|
| |
 |
Hubungan kerja-kerja penulisan dan penerbitan buku antara Dewan bahasa dan pustaka (DBP) dengan Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) bermula tahun 2007, iaitu semasa Bahagian Sains dan Teknologi DBP mula menjalankan aktiviti-aktiviti perolehan judul baru di agensi penyelidikan kerajaan. Sejak itu, kira-kira 15 buah manuskrip lengkap dihasilkan, 3 daripadanya berada pada peringkat pracetak, manakala sebuah telah terbit pada akhir Februari 2010 lalu, iaitu ‘Ikan Laut Malaysia’. Sebanyak 20 buah manuskrip lagi berada pada peringkat penulisan, dan kira-kira 10 judul lagi sedang dalam penyediaan kertas cadangan judul dan kelulusan judul. DBP telah memberi taklimat dan bimbingan kepada pegawai-pegawai Jabatan perikanan Malaysia. Taklimat ini merangkumi Peluang penerbitan, penyediaan Kertas cadangan Judul, Asas penulisan, memulakan penulisan, mengembangkan idea dan Penyediaan manuskrip lengkap. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh editor di Bahagian Sains dan Teknologi. Manakala pihak Jabatan Pertanian Malaysia menjadi urus setia dalam setiap sesi taklimat yang diadakan. Melalui kerjasama ini, ilmu perikanan dapat di transformasi kepada masyarakat umum, manakala bagi DBP, ini secara langsung akan dapat meningkatkan jumlah buku yang akan diterbitkan. Ini merupakan satu gandingan yang baik, setiap pihak akan mendapat manfaat dan mencapai matlamatnya. Antara tujuan memorandum persefahaman penerbitan ini dilaksanakan ialah :- - Memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dan iltizam kedua-dua belah pihak dalam usaha merealisasikan kerjasama penerbitan buku, khususnya buku-buku dalam bidang perikanan
- Mempermudahkan segala urusan dua hala antara DBP-Jabatan Perikanan Malaysia yang berkaitan dengan urusan penerbitan buku DBP
- Meningkatkan jumlah penerbitan buku DBP dalam bidang sains dan teknologi, khususnya ilmu-ilmu penyelidikan perikanan yang hanya terdapat di khalayak Jabatan Perikanan sahaja
- Ini merupakan salah satu khidmat komuniti daripada DBP dan Jabatan Perikanan Malaysia melalui penerbitan buku, di samping memajukan lagi industri penerbitan buku negara
| Paparan : 1665
Tarikh Akhir Dikemaskini : 23 Ogos 2010 | |
| |