Terletak di sebuah kawasan seluas 20 hektar di tengah-tengah hutan tropikal ialah contoh unik sebuah kampung tradisional Malaysia. Terdapat rumah papan yang menggambarkan senibina dan pertukangan tradisional bangsawan Melayu setiap satu daripada setiap negeri di negara ini membentuk kampung ini.
Kampung ini terdiri daripada lima kelompok, di mana rumah-rumah dari negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu membentuk kelompok Pantai Timur, sementara kelompok selatan terdiri daripada rumah-rumah dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Untuk mengekalkan keindahan alam sekeliling yang semulajadi, kebanyakan tumbuh-tumbuhan asal dikekalkan dan kawasan paya dibaikpulih untuk menjadi sebatang sungai.
Untuk para penginap terdapat kawasan lapang, terdapat laluan ditepi sungai dan trek didalam hutan semulajadi. Kemudahan-kemudahan ini menghubungkan rangkaian jalan untuk pejalan kaki dan plaza-plaza wakaf (tempat berehat) untuk pengunjung-pengunjung bersiar-siar dan bersantai sambil menikmati suasanana kampung.
Ciri-ciri lain yang ditonjolkan termasuk perigi-perigi tradisional, barang-barang seni ukiran dan kerja tangan dari negeri-negeri berlainan yang ditempatkan diantara rumah-rumah untuk menjadikan Perkampungan Budaya satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Rumah-rumah tersebut dilengkapi sepenuhnya dengan perabot dan penghawa dingin untuk keselesaan penginap. Lawatan ke Taman Pertanian Malaysia tidak sempurna jika tidak bermalam di Perkampungan Budaya. Hanya RM200 per malam bagi hari biasa, hujung minggu dan juga hari kelepasan awam.