1. Apakah yang dimaksudkan dengan program Agro pelancongan? Program Agropelancongan telah mula diperkenalkan oleh MOA sejak tahun 1989 melalui pembangunan Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor. Secara asasnya, sektor agropelancongan boleh dikategorikan kepada tiga (3) kategori utama iaitu: i. Agropelancongan berasaskan ladang tanaman ii. Agropelancongan berasaskan ladang ternakan iii. Agropelancongan berasaskan perikanan. 2. Di manakah saya boleh mendapat senarai pusat-pusat agropelancongan yang terdapat di Malaysia? Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membangunkan 35 pusat agropelancongan di seluruh Malaysia. Direktori Agropelancongan Malaysia boleh didapati di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di laman web Agrolink: http://www.moa.gov.my/rekreasi_pelancongan 3. Apakah bantuan yang disediakan oleh pihak Kementerian dalam pembangunan pusat agropelancongan? Strategi pembangunan program agropelancongan adalah menjurus kepada usaha-usaha untuk menyedia, melengkap dan meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan masuk, pondok wakaf, tempat letak kereta dan tandas awam. Kos pembinaan atau penyediaan kemudahan-kemudahan tersebut adalah dibiayai menerusi pemberian secara langsung oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA. Manakala projek-projek atau kegiatan yang mempunyai ciri-ciri komersil seperti pembinaan chalet, restoran dan gerai makanan dibiayai sama ada oleh pihak swasta atau Jabatan/Agensi Kerajaan. 4. Saya difahamkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai tanah untuk diberi kepada orang ramai. Bagaimanakah cara untuk saya memohon tanah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani? Individu yang berminat untuk mengusahakan ternakan lembu tetapi tidak mempunyai tanah boleh berhubung terus dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat. Permohonan terus dengan Kementerian boleh dikemukakan melalui Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk pertimbangan. 5. Adakah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai tanah untuk disewa, dipajak atau diagihkan kepada orang ramai? Bagaimanakah saya boleh mendapatkan tanah berkenaan? Tanah yang dikawal oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah didaftarkan di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Permohonan boleh dikemukakan terus ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian untuk mendapatkan ulasan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 6. Adakah Kerajaan menyediakan bantuan pinjaman mudah untuk menjalankan projek pertanian dan asas tani? Dalam Rancangan Malaysia Ke9, Kerajaan telah menyediakan Dana sebanyak RM830 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang disalurkan melalui Bank Pertanian Malaysia (BPM). Skim-skim tersebut adalah: • Skim Kredit Padi • Skim Pembiayaan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) • Skim Kredit IKS • Skim Kredit Pengeluaran Makanan • Skim Usahawan Tani Siswazah Komersial • Skim Pembangunan Pertanian Bukan Makanan • Skim Pembiayaan Bot Perikanan. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui cawangan Agrobank berhampiran. Seksyen: Dana R&D Pertanian (Sciencefund) Seksyen: Dana R&D Pertanian (Technofund) Seksyen: Infrastuktur & Hidraulik Seksyen: Sains dan Alam Sekitar |