Meninjau Kejayaan Projek KPI MARDI
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah diberi tanggungjawab untuk membantu 200 keluarga miskin dan miskin tegar dari lima kawasan Parlimen.
Ia melibatkan 100 keluarga miskin tegar dari Parlimen Batu Pahat dan Parit Sulong (Johor) , 50 keluarga miski tegar Parlimen Alor Gajah dan Masjid Tanah, Melaka dan 50 lagi keluarga miskin tegar dari Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.
Pelbagai bantuan bagi membolehkan keluarga terlibat menjalankan projek penjanaan ekonomi dalam bidang perta-nian dan industri asas tani telah dimu-lakan pada bulan November tahun lepas setelah peruntukan sebanyak RM2.05 juta diterima daripa-da Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan ( I C U ) , J a b a t a n Perdana Menteri.
Projek-projek tersebut ialah pemprosesan makanan, terna-kan ayam kampung, itik telur, ternakan ikan keli, cendawan, cili fertigasi dan pisang, Projek lain termasuk tebu ,kiosk jualan minuman dan makanan seperti air tebu, air soya, kiuh dan sebagainya serta bantuan motosikal roda tiga untuk per-niagaan menjaja ikan, sayur dan kuih.
Konsep bantuan yang diuruskan oleh MARDI ialah dengan dijimat atau dimin-imumkan perbelanjaan untuk pem-binaan infrastruktur supaya peruntukan yang ada dapat ditumpukan kepada penggunaan bahan projek yang boleh menyumbang terus kepada pendapatan peserta.
Sebagai contoh, bagi bantuan projek ternakan ayam kampung, pembinaan reban dan pagar kawasan dibuat sendiri oleh keluarga peserta menggunakan kayu besar peruntukan boleh digunakan untuk bekalan baka ayam, makanan dan ubatan yang diperlukan.
Seorang peserta dari Kampung Tanjong Laboh, Batu Pahat, Johor, Ahmad Yussop yang juga orang kurang upaya (OKU) yang dikenali dengan Pak Mat telah dibantu dengan projek ternakan ayam kampung sebanyak 400 ekor yang diberi secara berperingkat.
Beliau telah mampu tersenyum apabi-la pendapatan keluarganya telah mening-kat melebihi RM900 sebulan sejak bulan Januari lalu. Kerajinan ahli keluarganya yang secara sambilan memproses dan menjual kacang bersalut dan kuih bepang juga telah dibantu dengan peralatan dan bahan pembungkusan.
Bantuan ini telah dapat memudah dan mempercepatkan kerja, menambah baik kualiti keluaran dan seterusnya telah meningkatkan jualan. Peserta projek tanaman cendawan, Mohd Yahya Wandi dari Kampung Sungai Bagan Tengah, Rengit, Batu Pahat telah berjaya mengeluarkan hasil melebihi satu tan dengan pendapatan melebihi RM6,000 sejak mendapat ban-tuan bermula Disember 2009 sehingga Mac lalu.
Yahaya yang sejak sekian lama bercita-cita untuk menjalankan projek cenda-wan tetapi tidak terlaksana kerana ketiadaan modal, sangat bersyukur dengan bantuan 9,000 bongkah cendawan yang diperoleh. Bekalan bongkah cendawan diberi secara berperingkat sebanyak 3,000 setiap dua minggu. Peserta berkenaan terbukti berkemam puan melalui usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan. Seperti juga Pak Mat, peserta ternakan ayam kampong di Kg Tanjung Laboh, Yahya juga membina sendiri rumah cendawannya menggunakan kayu dan atap terpakai.
Setiap minggu, Yahaya mampu men gutip hasil menjual antara 50 kilogram (kg) hingga 60 kg kepada restoran dan kedai runcit setempat dengan purata harga antara RM6 hingga RM8 sekilo gram bergantung atas kualiti. Pembungkusan kecil seberat 250 gm mampu dijual dengan harga RM2.
Pada bulan awal April , Yahya telah mengorak selangkah lagi kehadapan dengan memulakan pengeluaran bongkah cendawan sendiri. Melalui kursus yang telah diberikan oleh MARDI, usaha ini akan dapat mengurangkan kos pengeluaran dibandingkan dengan membeli bongkah di luar
Melalui usaha ini juga diharapkan peserta ini akan menjadi usahawan pengeluar dan pembekal bongkah cenda wan pada masa hadapan. Di Parlimen Alor Gajah, Melaka seorang peserta miskin, ibu tunggal, Rokiah Ibrahim yang mempunyai tang gungan beberapa orang anak, cucu, adik dan bapa yang telah uzur dibantu den gan kiosk jualan minuman dan jualan kuih. Kiosk tersebut diletakkan ditepi jalan bersebelahan rumahnya di Kg Air Hitam Pantai, Tg Bidara. Peserta berkenaan juga dibantu den gan dibekalkan mesin pemprosesan air soya dan beberapa peralatan lain seperti payong, tabung minuman dan juga kerusi meja.
Sejak dibantu kehidupan keluarga ini setiap hari kelihatan lebih ceria. Setiap ahli keluarga menyumbang dengan sama-sama menjalankan kerja membuat kuih dan minuman soya yang ditunjuk ajar melalui kursus oleh pega wai MARDI. Sejak mula menjalankan usaha jualan ini pendapatan keluarga telah meningkat dengan purata pulangan bersih antara RM20 dan RM30 sehari. Pada bulan Mac lalu pendapatan bersih keluarga ini telah mencapai lebih dari RM1,000.