KADA ( Kemubu Agricultural Develoment Authority ) disempurnakan penubuhannya pada 30 Mac 1972 melalui Akta 69, Akta Lembaga Pertanian Kemubu, 1972 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Mac 1973.
KADA ialah Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan yang telah melalui Akta 69 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 dengan fungsi-fungsi berikut :-
- Mengeluarkan padi beras untuk menampung keperluan beras Negara.
- Mengeluarkan bahan-bahan makanan lain untuk memenuhi permintaan tempatan dan menampung keperluan makanan Negara.
- Meningkatkan pendapatan per-kapita keluargatani selaras dengan pendapatan perkapita Negara.
- Menggalak dan memajukan Industri Hiliran Asas Tani.
- Membangun dan memperteguhkan Industri Peladang untuk menaungi keluargatani. Untuk menjadi satu agensi yang unggul dalam peningkatan taraf sosio-ekonomi petani serta peningkatan pengeluaran makanan Negara.
Strategi yang telah diatur bagi mencapai matlamat KADA adalah :-
- Meningkatkan keluasan Mini Estet Padi, Ladang Kelompok dan Ladang Komersial.
- Meningkatkan pengeluaran benih bermutu tinggi melalui ladang-ladang benih KADA.
- Memperkenal dan menggalakkan penggunaan teknologi terkini.
- Menggalakkan ushawan dalam bidang-bidang pertanian dan Industri Asas Tani.
- Meningkatkan kecekapan dan peranan PPK terutama dalam bidang pemasaran hasil pertanian.
- Meningkatkan program pemindahan teknologi kepada golongan sasar.
- Meningkatkan serta memperkemaskan faktor-faktor penggalak seperti prasarana, pakar-pakar dalam bidang berkaitan, bekalan input dan sebagainya.