Tarikh : 9 hingga 11 Julai 2010
Tempat : Tapak Bekas Kem Paroi,Seremban
Masa : 9.00 pg - 10.00 mlm
Perasmian Oleh : Y.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Menter Besar Negeri Sembilan
9 Julai 2010 (Jumaat), Jam 3.30 ptg
Perasmian Penutup : YB Dato' Yunus bin Rahmat
Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan & Koperasi
11 Julai 2010 (Ahad), jam 3.30 ptg
TUJUAN
Program Mini MAHA merupakan satu pendekatan kementerian untuk turun padang dan mendekati rakyat. Program ini dilaksanakan bagi memastikan rakyat di peringkat akar umbi yang tidak berkesampaian merasai aktiviti-aktiviti yang ada semasa MAHA yang diadakan setiap dua tahun sekali. Program ini juga merupakan satu program outreach (luar jangkau) kementerian dalam memastikan dasar, strategi dan program yang dilaksanakan oleh kementerian diketahui oleh rakyat di peringkat akar umbi.
OBJEKTIF
Pelaksanaan Program Mini MAHA mempunyai objektif-objektif berikut :-
- Menghebahkan maklumat berkaitan peranan dan program MOA dalam membangunkan sektor pertanian negara;
- Membantu usahawan dalam sektor pertanian mempromosikan produk yang telah dikeluarkan;
- Memberi peluang-peluang perniagaan kepada rakyat dalam sektor pertanian;
- Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada rakyat dalam melaksanakan aktiviti pertanian dan menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan; dan
- Menyelesaikan masalah / isu yang dihadapi oleh rakyat melalui pendekatan up to bottom (atas ke bawah).
KAEDAH PELAKSANAAN
Pameran dan Jualan Produk Pertanian
- Memberi peluang kepada usahawan pertanian tempatan mempromosikan produk / hasil pertanian mereka
- Menyediakan peluang-peluang perniagaan dalam sektor pertanian kepada penduduk tempatan melalui anchor-anchor yang turut mengadakan pameran
- Pameran berkaitan program-program pembangunan pertanian yang dilaksanakan / disediakan oleh kementerian dan jabatan / agensi
Seminar Peluang-Peluang Kerjaya Dalam Pertanian
- Satu program pembudayaan keusahawanan dalam menggalakkan kumpulan sasaran terutamanya golongan siswazah menceburi sektor pertanian dan perniagaan
- Kandungan program merangkumi ceramah motivasi dan taklimat berkaitan peluang-peluang perniagaan baru dalam pertanian serta kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kementerian dan jabatan / agensi MOA dalam membangunkan usahawan dalam sektor pertanian
Klinik Tani
- Satu sesi khidmat nasihat dan bimbingan yang diadakan untuk rakyat dalam mendapatkan nasihat dalam sektor pertanian terutamanya dalam aspek kemahiran pertanian, teknologi, pembiayaan dan promosi dan pemasaran.
- Pendekatan one to one coaching antara pegawai dengan rakyat digunakan semasa program tersebut.
Pemadanan Perniagaan
- Satu sesi dalam memberi peluang-peluang perniagaan kepada rakyat temapatan untuk menceburi perniagaan dalam sektor pertanian menerusi konsep francais / anchor-vendor / mentor-mentee / kontrak peladangan
- Program ini akan dapat melahirkan usahawan-usahawan baru dalam sektor pertanian