|
|
| |
 Jabatan Pemeriksaan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) |
- Untuk menguatkuasakan semua undang-undang bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin, untuk memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan.
- Untuk mengeluarkan permit, lesen dan perakuan bagi maksud import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikrooganisma.
- Untuk memastikan bahawa semua tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia digredkan, dibungkuskan dan dilabelkan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan.
- Untuk menubuhkan dan menguruskan stesen kuarantin.
- Untuk menyertai pemeriksaan dan pemerakuan premis negara pengeksport bersama-sama dengan agensi dan jabatan yang berkaitan, jika perlu.
- Untuk menyertai agensi dan jabatan yang berkaitan di peringkat antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan kuarantin dan import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan, jika perlu.
- Untuk memberikan maklum balas dan syor kepada agensi atau jabatan yang berkaitan tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan.
- Untuk memudahkan dan mengadakan khidmat nasihat tentang pematuhan syarat-syarat import dan eksport bagi tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan kepada pengimport, pengeksport dan ejen yang terlibat dalam import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan.
- Untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang perlu bagi pelaksanaan Akta MAQIS 2010.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Aras 7, Menara 4G2, Wisma Tani, Presint 4, No. 30, Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia Tel : 603-8870 1000 Faks : 603-8890 2910 e-mel : feedback.maqis@moa.gov.my http://www.maqis.gov.my | Paparan : 2642
Tarikh Akhir Dikemaskini : 08 Jun 2011 | |
| |