• img1
  • img2
  • img1
  • img3
  • img7

PENGUMUMAN

[Iklan Tender] Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api Di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Bagi Tempoh Dua (2) Tahun.

[Info Lanjut]

 

[Keputusan Sebut Harga] Membekal dan Menguji Perkakasan Serta Peralatan Sokongan Teknikal Untuk Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

[Info Lanjut]

 

Permohonan Online Ke Program Latihan Kemahiran Kebangsaan (PLKPK) Sesi Januari 2018.

[Info Lanjut]

 

[Keputusan Sebutharga] Perkhidmatan Sewaan 45 Unit Pencetak Untuk Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun.

[Info Lanjut]

 

[Keputusan Sebut Harga] Perkhidmatan Membekal dan Menyediakan Makanan Serta Minuman Bermasak Islam di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN) Lumut, Perak

[Info Lanjut]

 

[Keputusan Sebut Harga] Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Dan Kawasan Di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN) Lumut, Perak.

[Info Lanjut]

 

Tinjauan Kepuasan Pelanggan bagi penilaian Indeks SSR 2017 menggunakan aplikasi MyPelanggan mulai 24 Julai - 31 Oktober 2017. Satu soal selidik telah disediakan dan mohon kerjasama pelanggan MOA/ Jabatan / Agensi mengisi dan menilai perkhidmatan yang diberikan.

[Info Lanjut]

 

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 
 
 
MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)    
     
 
1. MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
 
MBJ atau Majlis Bersama Jabatan adalah landasan bagi saluran dua hala antara pihak pekerja dan pihak pengurusan untuk berkomunikasi dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea demi kepentingan dan kebaikan sesuatu organisasi.

Di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, majlis in dianggotai oleh wakil dari pengurusan yang terdiri dari pihak pegawai kementerian dan wakil pihak pekerja yang terdiri dari kumpulan pegawai bawah gred 48.
 

2. TUJUAN
 
Tujuan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ditubuhkan adalah untuk :

  1. Memperolehi kerjasama di antara Pihak Pengurusan MOA dengan pegawai/kakitangan MOA dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan proses kerja dan kebajikan Pihak Pekerja seluruhnya;
     
  2. Mengadakan jentera bagi menguruskan perkara mengenai syarat-syarat bekerja; dan
     
  3. Mengumpulkan idea dan buah fikiran daripada Pihak Pekerja untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan dan produktiviti MOA.

3. BIDANG DAN FUNGSI

Bidang dan fungsi MBJ hendaklah tertumpu hanya kepada perkara- perkara yang termasuk di dalam bidangkuasa majlis seperti berikut:

  1. Membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai perkara-perkara perseorangan;
     
  2. Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
     
  3. Menggalakkan kakitangan mengambil bahagian dalam perbincangan dan seterusnya mendapat pengetahuan yang lebih jelas mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan
     
  4. Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki sistem perjalanan organisasi dengan menimbang dan menerima cadangan/syor kakitangan MOA.

4. PERJALANAN MESYUARAT
 
  1. Mesyuarat–mesyuarat majlis hendaklah diadakan tiga (3) bulan sekali iaitu empat (4) kali setahun.
     
  2. Korum bagi Mesyuarat MBJ hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada 4 (empat) orang dari Pihak Pegawai dan 13 (tiga belas) orang ahli Pihak Pekerja.
     
  3. Pengerusi mesyuarat MBJ ialah Ketua Setiausaha Kementerian. Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mesyuarat yang telah dijadualkan maka ahli Pihak Pegawai yang terkanan boleh menjadi Pengerusi ganti. Naib Pengerusi MBJ, iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan mesyuarat MBJ dalam apa keadaan sekalipun.

5. Apakah isu-isu yang boleh dibawa oleh wakil ke MBJ?

Skop isu yang boleh dibincangkan dalam MBJ adalah berkaitan perkara-perkara berikut:-
  1. Hal kebajikan
  2. Hal kewangan
  3. Hal pentadbiran
  4. Skim perkhidmatan dan perjawatan
  5. Elaun dan kemudahan
  6. Hal perkhidmatan
  7. Hal-hal selain dari perkara-perkara yang menyentuh peraturan dan dasar kerajaan dan hal yang berkaitan orang perseorangan dan masalah peribadi

6. KEPUTUSAN
  1. Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.
     
  2. Keputusan yang diambil jika tiada hubungan dengan Jabatan lain dan tidak melibatkan dasar Kerajaan bolehlah dilaksanakan terus oleh MOA. Sebaliknya, jika keputusan Mjalis mempunyai kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun Jabatan-Jabatan lain, ia hendaklah dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Jabatan berkenaan supaya tindakan wajar boleh diambil.