Peluang Menginap di Taman Pertanian Malaysia
TAMAN Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam sememangnya terkenal sebagai salah sebuah pusat pelancongan dan rekreasi menarik di negeri Selangor.
Ketika ditubuhkan pada tahun 1986, ia merupakan pusat pameran bagi kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam bidang pertanian dan perhutanan di Malaysia.
Taman yang mempunyai keunikan dan kecantikan hutan hujan asli seluas 1,295 hektar itu turut dibuka untuk kunjungan orang ramai.
Menerusinya, pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan bagi memastikan pengunjung seronok dan berpuas hati ketika berada di sana.
Setiap minggu, warga Shah Alam dan juga masyarakat sekitar Lembah Klang pasti tidak akan melepaskan peluang bersantai dan berekreasi bersama keluarga masing-masing di sini.
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti perkhidmatan bas, basikal sewa, rumah empat musim, pengembaraan hutan, kedai makan dan kawasan perkhemahan.
Tarikan terbaru taman ini adalah rumah penginapan berkonsepkan negeri-negeri yang dikenali sebagai Kampung Idaman dan Camar Rimba.
Ia sesuai digunakan untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti seperti hari keluarga, kursus, seminar dan sebagainya. Kemudahan ini disediakan dalam pakej-pakej menarik dengan harga yang berpatutan.
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti perkhidmatan bas, basikal sewa, rumah empat musim, pengembaraan hutan, kedai makan dan kawasan perkhemahan
Taman Pertanian Malaysia (Malaysia Agriculture Park)
Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55106922/6923 atau 55199618
03-55107048 (tempahan)
Faks : 03-55100922
http://www.tamanpertanianmalaysia.gov.my