• img1
  • img1
  • img2
  • img3
  • img6
  • img7

PENGUMUMAN

[Iklan Tender] Perkhidmatan Mencuci Bangunan, Tandas, Kolam Renang, Membersih Kawasan, Memotong Rumput, Mencuci Longkang/Parit/Takungan (Sump), Menyelenggara Landskap Dan Memungut Sampah Di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA).

[Info Lanjut]

 

[Iklan Sebut Harga] Perkhidmatan Penyewaan Mesin Penyalin Pelbagai Fungsi di Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

[Info Lanjut]

 

[Jadual Tender] Membekal, Menghantar, Memasang Dan Mengujijaya 5 Set Pam Kitar Semula Berserta Aksesori Bagi Sistem Saliran Pertanian Di Bawah Skim Pengairan Barat Laut, Daerah Sabak Bernam Dan Kuala Selangor, Selangor.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Tender] Perkhidmatan Perunding Projek Skim Pengairan Merchong Left-Bank (Fasa I, II & III) kawasan IADA Pekan.

[Info Lanjut]

 

[Jadual Tender] Membekal, Menghantar, Menguji Dan Mentauliahkan Pam Bergerak Serta Kelengkapan Yang Berkaitan Ke Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.

[Info Lanjut]

 

Permohonan Online Ke Program Latihan Kemahiran Kebangsaan (PLKPK) Sesi JULAI 2017.

[Info Lanjut]

 

[Jadual Tender] Membina Dan Menyiapkan 3 Unit Kandang Ternakan Lembu Tenusu Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Projek Pertanian Moden, Johor.

[Info Lanjut]

 

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 
 
 
MYAGROSIS    
     
 
Kelab MYAGROSIS ditubuhkan untuk membangunkan generasi muda hari ini bagi melahirkan generasi muda akan datang yang berdaya saing dan maju dalam sektor pertanian.

Kerjasama melalui pendekatan Blue Ocean Strategy antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Kementerian Pengajian Tinggi telah diterjemahkan dengan penglibatan sebanyak 21 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia. Sebanyak 13 Insititusi Latihan Pertanian (ILP) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut terlibat di dalam pelaksanaan MYAGROSIS ini bagi memperkukuhkan semangat keusahawanan kepada para pelajar sejak di institut lagi.

Kelab MYAGROSIS ini  pula bertujuan untuk melahirkan usahawan dikalangan siswazah/pelajar  yang  berkeyakinan dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam bidang pengeluaran serta pemasaran produk berasaskan pertanian terutama agromakanan. Objektif utama penubuhan kelab ini pula adalah seperti berikut:

a)  Memupuk minat pertanian kpd siswazah/pelajar
b)  Memberi pendedahan kpd siswazah/pelajar tentang pertanian sebagai kerjaya utama
c)  Memberi pendedahan kpd siswazah/pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian
d)  Membantu meningkatkan keusahawanan pertanian kpd siswazah/pelajar
e)  Utk membentuk komuniti usahawan siswazah/pelajar  komersial yang lebih dinamik
 
 
  1. Senarai Pembimbing Padanan untuk IPTA & ILP di bawah MOA
  2. Cara Permohonan Untuk pelajar IPTA dan ILP yang masih belajar
  3. Cara Permohonan Untuk graduan IPTA dan ILP

BORANG-BORANG:

SYARAT-SYARAT ASAS:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-45 tahun pada tarikh permohonan
  • Pemegang Kad Keahlian MYAGROSIS yang telah tamat pengajian:
    • Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
    • Institut Latihan Pertanian (ILP) di bawah MOA
    • Program Inkubator Usahawan Siswazah Tani UPM
  • Permohonan mestilah disahkan dan disokong oleh jabatan/agensi pembimbing padanan.
  • Menyediakan Kertas Kerja Projek yang akan dilaksanakan.
  • Had pembiayaan:
    • AGROBANK: Pinjaman sehingga RM30 ribu
    • TEKUN Nasional: Pinjaman sehingga RM50 ribu
    • (* kelulusan pinjaman tertakluk kepada penilaian keperluan projek yang dirancang)


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

1)    Dr. Noraini Simaa binti Alway( 03-88701000 )

    FAMA (Bagi lepasan IPTA dan Inkubator):
    En. Alwi bin Anang ( 012-7556091 / alwi@fama.gov.my)

    AGROBANK : 03-27311600 sambungan 2006

    TEKUN NASIONAL: 03-90588550 sambungan 211

   Untuk maklumat lanjut mengenai MYAGROSIS boleh melayari laman web rasmi MYAGROSIS www.myagrosis.gov.my