|
|
| |
 |
Visi Sebuah organisasi yang berwibawa dan berkesan dalam merancang dan menyelaras pembangunan industri serta cekap dan adil dalam mengurus "supply chain" padi dan beras - Memastikan pengeluaran beras dalam negara sekurang-kurangnya 90% tahap sara diri (SSL).
- Memastikan bekalan beras kepada pengguna mencukupi, bermutu dan mudah diperoleh pada harga yang stabil dan berpatutan pada setiap masa.
- Memastikan petani-petani mendapat pulangan yang setimpal dan munasabah di atas usaha mereka.
- Menggalakkan kemajuan industri padi dan beras serta industri berasaskan padi dan beras.
- Menggubal dan menetapkan dasar-dasar makro berkaitan pembangunan industri padi dan mengawal selia "supply chain" padi dan beras supaya berdaya saing dalam menghadapi globalisasi dan liberalisasi perdagangan antarabangsa.
- Meningkatkan pengeluaran padi dan beras menerusi peningkatan produktiviti di kawasan jelapang dan penanaman padi secara komersil di Sabah dan Sarawak
- Merancang dan menyelaras pembangunan industri padi dan beras bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan jangka panjang
- Meningkatkan daya saing pengeluaran padi dan beras menerusi peningkatan produktiviti, kualiti dan kecekapan serta pengurangan kos dan pembaziran
- Membantu petani meningkatkan pendapatan melalui pemberian insentif dan program-program lain yang bersesuaian termasuk industri asas tani
- Membangun, penyelenggara dan mengemas kini pangkalan data yang lengkap berkaitan industri padi dan beras bagi tujuan perancangan dan pembangunan industri
| Paparan : 5987
Tarikh Akhir Dikemaskini : 07 Januari 2012 | |
| |