|
|
| |
 |
- Contoh-contoh perbuatan menzalimi binatang -
- Gagal memberi makan dan minuman yang mencukupi kepada binatang dalam kurungan;
- Gagal menghantar binatang yang cedera, sakit atau luka untuk dirawat oleh Doktor Veterinar di Klinik Swasta atau Kerajaan;
- Dengan zalim memukul seekor binatang;
- Menyembur minyak panas atau air panas pada seekor kucing yang sedang mencari makan di dapur;
- Menanam atau membakar anak ayam secara hidup kerana harga pasaran anak ayam merosot;
- Menyembelih atau membunuh seekor binatang dengan cara yang zalim untuk menjadi makanan manusia; dan
- Perlawanan dan perjudian ayam sabung.
- Perbuatan menzalimi binatang adalah satu kesalahan-
- Tafsiran “binatang” termasuk sebarang makluk hidup selain daripada seorang manusia dan termasuklah sebarang binatang, burung, ikan, reptilia atau serangga, sama ada liar atau jinak.
- Tindakan penguatkuasa oleh-
- Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dilantik secara bertulis di bawah seksyen 3, Ordinan Binatang 1953
- Tindakan akan diambil dalam tempoh 48 jam selepas aduan diterima (tidak termasuk hari kelepasan mingguan dan kelepasan am).
- Cara melapor atau memberi maklumat mengenai kejadian atau perbuatan menzalimi binatang-
- Menghantar aduan kejadian atau perbuatan menzalimi binatang kepada Pengarah Penguatkuasa di Ibu Pejabat atau Ketua Cawangan/Unit Penguatkuasa di peringkat Negeri / Wilayah Persekutuan dengan-
- Menghadir diri di pejabat;
- Menelefon;
- Menghantar e-mail; atau
- Menulis surat.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Wisma Tani, Blok Podium Lot 4G1, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62630 Putrajaya | | | Paparan : 2721
Tarikh Akhir Dikemaskini : 26 Mac 2012 | |
| |