Pengenalan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu atau Integrated Agricultural Development Area (IADA) Kalaka–Saribas merupakan salah satu dari dua projek pembangunan pertanian bersepadu yang sedang dilaksanakan di Negeri Sarawak. IADP Kalaka–Saribas mula dilaksanakan pada Jun, 1986 yang terletak kira-kira 300 kilometer dari Bandaraya Kuching. Peruntukan bagi pelaksanaan awal projek adalah daripada dua (2) sumber iaitu Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Kerajaan dalam bentuk pinjaman dan grant. Komponen utama projek terdiri daripada Unit Pengurusan Projek (PMU), Komponen Pengairan Dan Saliran, Komponen JKR, Komponen Pertanian dan SALCRA. Selain itu, beberapa jabatan dan agensi sokongan lain yang terlibat di dalam kawasan projek adalah Jabatan Tanah Dan Survei, Pejabat Residen .Pejabat Daerah, PORIM, MARDI, FELCRA dan FAMA . Tarikh tutup komponen pinjaman adalah 30 Jun 1994.
Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7), sumber pembiayaan hanyalah daripada daripada Kerajaan Persekutuan bagi Bahagian Pengurusan Projek, Komponen JPS dan Komponen Pertanian. Projek Pertanian Pembangunan Bersepadu (IADP) telah ditukar kepada Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) pada tahun 2007. Kawasan IADA ini terletak di dalam tiga (3) Parlimen dan empat (4) Dewan Undangan Negeri iaitu:
- Sebahagian P201 Batang Lupar yang terdiri daripada N24 Beting Maro.
- P204 Betong yang terdiri daripada N30 Saribas, N31 Layar dan N32 Bukit Saban.
- P205 Saratok yang terdiri daripada N33 Kalaka dan N34 Krian.
|