Pengimportan 12 Jenis Bahan/Produk Terpilih Dari Thailand Melalui Program Enhance Enforcement Programme (EEP)
LATARBELAKANG
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian telah mengetatkan syarat-syarat kemasukan bagi 12 jenis bahan/produk. Kesemua 12 jenis bahan/produk dari Thailand ini telah didapati mengandungi makhluk perosak dan penyakit merbahaya yang boleh mengancam industri sayuran negara.
Oleh yang demikian, keperluan permit ini amat perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi melindungi industri pertanian negara dari sebarang serangan makhluk perosak dan penyakit.
12 jenis bahan/produk pertanian terpilih dari Thailand adalah seperti berikut :
- Ubi kentang/potato (Solanum tuberosum);
- Ubi keledek/sweet potato (Ipomoea batatas);
- Ubi keladi/taro/yam/dasheen (Colocasia esculenta);
- Ubi kemili/kemili hutan/galak tua/kembili/ubi keeling (Coleus parviplorus);
- Ubi sengkuang/yambean (Pachyrhizus erosus);
- Kacang tanah/groundnuts (Arachis hypogeae);
- Serai/lemon grass (Cymbopogon citrates);
- Daun limau purut/kaffir lime leaf/Bai makrut (Citrus hystrix);
- Cili padi/bird/hot pepper (Capsicum frutescens);
- Kunyit/turmeric (Curcuma domestica);
- Lengkuas/greater galangal (Alpinia galangal);
- Halia/ginger (Zingiber officinale)
PENGUATKUASAAN SYARAT-SYARAT PENGIMPORTAN
Sehubungan itu, bermula 1 April 2010, pengimportan 12 jenis bahan/produk pertanian terpilih dari Thailand memerlukan:
- Permit Import (IP) dari Jabatan Pertanian Malaysia;
- Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate, PC) dari negara pengeksport.
PENANGGUHAN/GRACE PERIOD
Penangguhan dan ‘Grace period’ bagi penguatkuasaan syarat ini adalah selama 1 bulan iaitu sehingga 1 Mei 2010.
TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL DALAM TEMPOH PENANGGUHAN/GRACE PERIOD
Dalam tempoh ‘Grace period’ ini, pengimportan 12 jenis bahan/produk terpilih dari Thailand akan dikenakan tindakan seperti berikut :
a) Konsainan dengan permit import dan sijil fitosanitasi
- Pemeriksaan di pintu masuk
- Sekiranya konsainan didapati mempunyai perosak-perosak kuarantin seperti yang disenaraikan dalam syarat-syarat IP, tindakan kuarantin akan dikenakan terhadap konsainan tersebut seperti rawat, musnah atau tidak dibenarkan masuk.
- Pegawai MAQIS akan mengisi borang-borang berkaitan untuk proses notifikasi yang akan disediakan oleh Jabatan Pertanian.
b) Konsainan tanpa permit import dan sijil fitosanitasi
- Pemeriksaan di pintu masuk.
- Sekiranya konsainan didapati mempunyai perosak-perosak kuarantin seperti yang disenaraikan dalam syarat-syarat IP yang dilampirkan, tindakan kuarantin akan dikenakan terhadap konsainan tersebut seperti rawat, musnah atau tidak dibenarkan masuk.
- Pengimport perlu dimaklumkan untuk memohon IP bagi setiap konsainan yang akan datang.
PENGUATKUASAAN SYARAT PENGIMPORTAN BERMULA 1 MEI 2010 Selepas tempoh penangguhan, semua konsainan perlu mematuhi syarat-syarat baru iaitu permit import dari Jabatan Pertanian, sijil fitosanitasi dari negara pengeksport dan rawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam permit import.
Permit import ini dikenakan kepada sesiapa sahaja yang ingin membawa masuk bahan/produk berkenaan ke negara ini. Setiap bahan/produk memerlukan satu (1) permit import dengan bayaran RM15.00 yang mempunyai tempoh sah laku selama tiga (3) bulan.
Pengimport atau orang ramai yang ingin membawa bahan/produk berkaitan memerlukan satu (1) permit import bagi satu (1) jenis bahan/produk. Setiap permit hanya boleh digunakan untuk sekali pengimportan/kosainan sahaja tanpa sebarang had kuantiti yang ingin dibawa
masuk.