MARDI aktif menyertai Pameran/Pertandingan Anugerah Rekacipta/inovasi sains dan teknologi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa semenjak tahun 2002. Penyertaan di peringkat kebangsaan menjadi platfom untuk memilih inovasi yang akan dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Bagi tempoh 2002 hingga 2008 MARDI telah menghantar 194 inovasi menyertai Pameran/Pertandingan Anugerah Rekacipta/inovasi sains dan teknologi di peringkat kebangsaan dan berjaya mendapat 173 pingat (89%) serta 4 anugerah khas. Manakala 50 inovasi telah dihantar menyertai Pameran/Pertandingan Anugerah Rekacipta/inovasi sains dan teknologi di peringkat antarabangsa dan berjaya meraih 48 pingat (96%) serta 2 Anugerah Khas pada tempoh yang sama. Event antarabangsa yang disertai ialah GENEVA, INPEX di Pittsburgh USA, BIS, London; IENA, Jerman; Brussells innova, Belgium dan SIIF Korea. Pada tahun 2009, di peringkat kebangsaan MARDI telah menyertai ITEX (15 penyertaan – Menang Emas 3, Perak 8 dan gangsa 3 & turut menang 4 Anugerah Produk Inovatif dan satu Anugerah Khas Negara Poland – Polish Prize; dan MTE (21 penyertaan – Emas 1, Perak 8 dan gangsa 11). Bagi meningkatkan pengiktirafan terhadap pemenang dan inovasi di peringkat kebangsaan tersebut, MARDI telah membuat pemilihan dan menghantar penyertaan di peringkat antarabangsa. Pada tahun ini empat event yang telah ditetapkan untuk penyertaan iaitu BIS, London; IENA, Jerman; Brussells innova, Belgium dan SIIF Korea melibatkan 11 inovasi. British Invention, Innovation & Technology Show – BIS 2009 yang berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober 2009 di London adalah Pameran Antarabangsa Rekacipta, Inovasi dan Teknologi kali yang ke 9. Pameran ini memberi peluang kepada peserta untuk memaksimumkan pendedahan teknologi dan produk terbaik di peringkat dunia, memajukan keupayaan kepada pasaran baru yang lebih luas dan pengiktirafan dunia. Wadah bagi rekacipta dan produk baru untuk dikomersialkan dan menjadi forum utama bagi inventors untuk mempamerkan ciptaan baru, teknologi dan produk terkini. Dua inovasi telah menyertai BIS 2009 iaitu Fresh-cut sugarcane dan VitAto: Orange sweetpotato dan berjaya dapat 4 Awards. - VitAto won Gold Medal for Innovation – Consumer category, and Platinum Medal (special award) for Innovation of the Year - Consumer categor
- Fresh-cut sugarcane won Gold Medal for Innovation – Industrial category
- (Dr. Mohd. Salleh Punan, Zaharah Ariffin and Zainun Che Ahamad) also received Special Award: Certificate of Achievement from President, Taiwan Invention Association for product Fresh-cut Sugarcane and VitAto Sweetpotato, which shows notable potential to improve the quality of family life.
|