Fokus utama PBLS juga memberikan tumpuan kepada projek yang memberikan impak kepada patani dan seterusnya kepada industry pengeluaran padi dan beras. - i Penyumbang Kepada SSL
Peningkatan kualiti dan kuantiti pengeluaran padi serta beras Negara bagi meningkatkan SSL dari 70% ke86% mejelang 2010 dengan mensasarkan pengeluaran padi pada 137,258 metrik tan semusim atau 274,515 metrik tan setahun. - Memupuk Sikap Petani
Pembentukan masyarakat pesawah terutama sekali dari golongan muda yang berdikari, progresif, dan berorientasikan komersial untuk menggalakkan penggunaan teknologi dan peningkatan hasil. Disamping itu, penglibatan usahawan petani moden ditingkatkan bagi menjayakan program peningkatan hasil padi serta memberikan nilai tambah kepada bidang ini. - Peneraju Teknologi dan Penggunaan Jentera Baru dalam Pengurusan Tanaman Padi Melalui pemindahan teknologi Rice Check, amalan penanaman padi IADA Barat Laut Selangor telah menjadi peneraju teknologi bagi Negara. Disamping itu, PBLS juga mencatatkan kadar penggunaan jentaera tertinggi sekali bermula dari kerja-kerja penyediaan tanah sehingga menuai. Penggunaan jentera seperti transplanter bagi tujuan penanaman padi sangat meluas di kawasan sawah.
- iv Mewujudkan Pengurusan Berpusat di Blok Pengairan Badan Pengurusan Berpusat yang diwujudkan di kalangan pesawah dan dianggotai oleh pesawah sendiri dimana semua aktiviti dapat diselesaikan dengan baik. Pengurusan ini bertindak seumpama pengurusan sebuah estet dimana aktiviti-aktiviti penyediaan tanah, menanam, membaja, meracun, dan menuai dilakukan secara serentak. Ini bermakna jadual kerja yangb telah ditetapkan diiikuti oleh pesawah dan membentuk satu piawaian menanam.
|