1. Program Pembangunan Tanaman
a) Mangga
Bahagian Pertanian IADA Kalaka-Saribas memberi tumpuan kepada pembangunan tanaman mangga secara komersil melalui program pembangunan dan penyediaan infrastruktur asas di kawasan-kawasan skim yang telah dibangunkan oleh Bahagian Kejuruteraan Pertanian. Langkah ini adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan kawasan IADA sebagai pengeluar utama tanaman mangga. Peruntukan yang diberikan adalah termasuk pembersihan kawasan, pembelian benih dan baja serta racun rumpai, racun kulat dan racun serangga. Di samping itu juga aktiviti pengembangan seperti penyaluran teknologi-teknologi terkini serta memperkenalkan tahap pengurusan yang sistematik kepada petani supaya mereka dapat mengamalkan GAP (Good Agriculture Practice) akan turut dilaksanakan.
b) Nanas
Pembangunan Tanaman Nanas merupakan projek sambungan kepada projek nanas yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Pertanian dalam RMK 8. Dalam RMK-8 yang lalu, seluas 440 ha kawasan telah dibangunkan dengan tanaman nanas yang terdiri daripada nanas segar (Moris / Josapine) dan juga nanas untuk dikalengkan (Gandul / N36). Tanaman Nanas ini akan dilaksanakan secara berkelompok atau berkumpulan yang akan terdiri daripada kelompok/kumpulan petani setempat. Dengan cara pertanian berkelompok ini, pengurusan dan penyeliaan daripada pihak IADA akan lebih mudah dan berkesan. Pakej bantuan/subsidi untuk setiap peserta adalah seperti berikut :
• Pembersihan Kawasan
• Kemudahan Infrastruktur (Parit/Ban/Jalan Ladang)
• Sulur nanas Gandul (36,000 sulur sehektar)
• Baja (BCN/Urea/Kapur Terhidrat/baja Foliar/baja Semburan)
• Racun (rumpai/kulat)
• Hormon Pengalak Pembungaan (ANAA tablet/ethrel)
• Lain-lain peralatan (penyembur dsb)
c) Limau
Bahagian Pertanian IADA Kalaka-Saribas turut memberi tumpuan kepada pembangunan tanaman limau secara komersil melalui program pembangunan dan penyediaan infrastruktur asas di kawasan-kawasan skim yang telah dibangunkan oleh Bahagian Kejuruteraan Pertanian. Langkah ini adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan kawasan IADA sebagai pengeluar utama tanaman limau. Peruntukan bagi setiap hektar akan digunakan untuk pembersihan kawasan, pembelian benih dan baja serta racun rumpai, racun kulat dan racun serangga. Di samping itu juga aktiviti pengembangan seperti penyaluran teknologi-teknologi terkini serta memperkenalkan tahap pengurusan yang sistematik kepada petani supaya mereka dapat mengamalkan GAP (Good Agriculture Practice) akan turut dilaksanakan.
d) Buah-buahan lain
Bahagian Pertanian IADA Kalaka-Saribas turut memberi tumpuan kepada pembangunan tanaman lain-lain buahan secara komersil melalui program pembangunan dan penyediaan infrastruktur asas di kawasan-kawasan skim yang telah dibangunkan oleh Komponen JPS. Langkah ini adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan kawasan IADA sebagai pengeluar utama tanaman lain-lain buahan. Peruntukan bagi setiap hektar adalah akan digunakan untuk pembersihan kawasan, pembelian benih dan baja serta racun rumpai, racun kulat dan racun serangga. Di samping itu juga aktiviti pengembangan seperti penyaluran teknologi-teknologi terkini serta memperkenalkan tahap pengurusan yang sistematik kepada petani supaya mereka dapat mengamalkan GAP (Good Agriculture Practice) akan turut dilaksanakan.
e) Tanaman Jangka Pendek Dengan Sistem Pengairan
Pembangunan Tanaman Jangka Pendek akan dilaksanakan secara berkelompok ataupun individu yang terdiri daripada petani-petani setempat. Tanaman Jangka Pendek Dengan Sistem Pengairan yang tertumpu kepada tanaman jagung, tembikai dan labu manis. Bagi tanaman seperti jagung dan tembikai ianya memerlukan bantuan sistem pengairan terutama di musim kekurangan hujan. Jika tidak, tanaman akan terbantut dan ini akan menjejaskan hasil. Oleh itu adalah wajar bantuan pengairan jika tanaman tersebut dijalankan secara komersil. Kelengkapan sistem pengairan akan disediakan termasuk paip pvc, sprinkler, pam air, kolam dan sebagainya mengikut keperluan kelompok / individu terbabit.
f) Tanaman Jangka Pendek Tanpa Sistem Pengairan
Pembangunan Tanaman Jangka Pendek Tanpa Sistem Pengairan adalah tertumpu kepada tanaman pisang dan ubi kayu. Dalam RMK 9, Pembangunan Tanaman Jangka Pendek akan dilaksanakan secara berkelompok ataupun individu yangterdiri daripada petani-petani setempat. Bagi Projek Tanaman Jangka Pendek Tanpa Sistem Pengairan, projek ini tidak memerlukan bantuan sistem pengairan iaitu seperti tanaman pisang dan ubi kayu.
2. Program Ternakan
a) Lembu Fidlot
Projek fidlot lembu dilaksanakan secara insentif dan berskala sederhana. Antara bantuan yang diberikan adalah bahan untuk membuat stor dan kandang, baka lembu, pembersihan kawasan, peralatan pemotong, vitamin/perubatan dan makanan. Bantuan projek tanaman jagung akan turut diberikan untuk membangunkan kawasan tanaman jagung yang mana batang jagung tersebut nanti akan dijadikan makanan tambahan untuk ternakan tersebut. Projek ternakan lembu fidlot ini akan dilakukan sebanyak 3 pusingan setahun bagi menentukan mereka akan memperolehi pendapatan bersih sebanyak lebih kurang RM2000 sebulan atau RM500/ penternak. Pada tahun 2010, adalah dijangkakan Projek Ternakan Ayam, Itik Penelur, Kambing dan Burung Walit akan turut ditawarkan.
3. Industri Hiliran dan Pemprosesan
a) Industri Asas Tani (IAT)
Pelaksanaan industri hiliran dan pemprosesan makanan ini dilaksanakan secara individu dan juga berkelompok. Dalam pelaksanaan program industri hiliran dan pemprosesan makanan, mesin dan peralatan yang dibekalkan adalah secara pinjaman kepada pengusaha. Pengusaha akan menggunakan mesin tersebut selagi diperlukan. Jika bahan untuk pembinaan bangunan tidak diperlukan, keseluruhan peruntukan boleh diguna untuk pembelian mesin dan peralatan lain yang diperlukan. Sepanjang RMK-9 ini, IADA Kalaka-Saribas telah melahirkan beberapa peserta projek dalam mengeluarkan prodik IAT seperti Kerepek pisang, kerepek ubi, rempeyek, kek lapis, kuih sepit, bahulu, kerisik, biskut cina, kelapa salai, linkin pisang, mi kuning, minyak kelapa dara, biskut kacang, lemantak, minyak kelapa, hasilan soya, muruku, bakeri, tart nanas, kordial nanas, jem nanas.
4. Pembangunan Sumber Manusia
Terdapat beberapa program dalam Program Pembangunan Sumber Manusia ,iaitu kursus, lawatan, petak demontrasi dan latihan yang akan menekankan aspek-aspek pemodenan teknologi pertanian secara komersil di mana penggunaan mekanisasi akan dipertingkatkan bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor pertanian. Peserta projek akan diberi motivasi dan semangat untuk menjayakan projek selain daripada latihan teknikal bagi memastikan teknologi yang terkini serta sesuai diguna dapat disampaikan kepada peserta. Melalui program motivasi yang terancang akan dapat menjana idea dan aspirasi untuk mencapai kejayaan yang lebih besar berbanding generasi petani sebelum ini. Beberapa siri lawatan ke projek-projek contoh di seluruh negara bagi pendedahan serta galakkan kepada peserta turut dilaksanakan. Bagi pembangunan industri hiliran dan pemprosesan makanan, latihan/kursus berkaitan akan dijalankan di pusat latihan sedia ada. Pusat latihan ini akan dilengkapi dengan peralatan/mesin berkaitan di mana bakal usahawan akan diberi latihan secukupnya sehinggalah mereka yakin untuk berdikari dalam pengeluaran produk yang berkualiti untuk dipasarkan.
5. Pembungkusan Dan Pelabelan
6. Kekurangan usaha pembangunan jenama terutama produk pertanian dilaksanakan menyebabkan produk kurang terserlah dan tidak dikenali di mana ini menyukarkan produk dihasilkan menepati kehendak pasaran global. Keadaan ini berlaku kerana pengusaha menghadapi masalah kekurangan modal dan pengetahuan untuk mendapatkan kepakaran bagi menyediakan pembungkusan yang boleh meningkatkan persembahan produk yang lebih kompetitif. Bagi mengatasi masalah ini terutama pemasaran hasil industri hiliran pertanian, teknologi pembungkusan dan pelabelan akan diperkenalkan supaya produk yang dihasilkan menarik minat pembeli atau pengguna di samping ianya selamat disimpan bagi tempoh jangkamasa yang panjang. Kemudahan pembungkusan dan pelabelan akan disediakan oleh pihak IADA dengan kerjasama SIRIM, FAMA dan MARDI. Bahan keluaran daripada industri hiliran dan pemprosesan makanan bakal usahawan IADA Kalaka-Saribas mempunyai identiti tersendiri serta dapat bersaing di pasaran.
7. Pembangunan Jalan Ladang
Bahagian Kejuruteraan Pertanian telah melaksanakan Kerja–Kerja Pembangunan Infrastruktur Jalan Ladang sepanjang 7.2 km. Diantara projek–projek tersebut adalah Naiktaraf Jalan Ladang Kaba Lama Projek Tanaman Nanas, Naiktaraf Jalan Ladang Projek Pisang Bungin, Naiktaraf Asas Jalan Ladang (Temadu, Pusa), Naiktaraf Jalan Ladang Projek Nanas Sg. Anak Sebetan, Naiktaraf Jalan Ladang Sg. Kasi Guava Project, Spaoh Saribas District.
8. Penyelenggaran Infrastruktur Sedia Ada Dan Jentera
Bahagian Kejuruteraan Pertanian telah melaksanakan kerja–kerja penyelenggaraan parit sepanjang 60.39km dan menyelenggara 3 buah pintu air. Diantara projek–projek tersebut adalah membersih parit /ban/berm untuk Skim Saliran Kupang, Skim Saliran Grigat, Skim Kabong-Nyabor, Skim Saliran Beting Maro, Skim Jelupang/Bratong, Projek Pisang Bungin, Blok L4 Skim Manggut-Tuie . Menyelenggara pintu air seperti menyelenggara HDPE Flap Gate Projek Pisang Beting Maro, HDPE Flap Gate Projek Pisang Lubuk Nibong dan Pintu Air Skim Kabong-Nyabor.
9. Pembangunan Skim Saliran Baru
Tujuan projek adalah untuk membina skim saliran di kawasan Hilir Saribas supaya tanah–tanah yang terbiar dapat diusahakan dengan aktiviti pertanian.
10. Perancangan, Pemantauan dan Penilaian
Bahagian Pengurusan Projek (Project Management Unit – PMU) bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti komponen IADA Kalaka-Saribas bagi memastikan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program/projek adalah berdasarkan matlamat dan objektif pembangunan yang ditetapkan. Aktiviti pemantauan akan dilaksanakan secara agresif agar segala masalah program/projek dapat diselesaikan segera. Satu kajian impak akan dilaksanakan pada tahun 2012 dimana hasil projek dapat dinilai sepenuhnya. Melalui kajian tersebut, faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan projek di samping kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan projek sedia ada dikenalpasti. IADA Kalaka-Saribas akan mendapatkan perkhidmatan daripada pihak perunding bagi menjalankan kajian tersebut.