• img1
  • img1
  • img2
  • img5

PENGUMUMAN

Keputusan Sebut Harga bagi Tahun 2017 Bahagian Antarabangsa, MOA bagi Perkhidmatan Pembungkusan dan Penghantaran Barang-Barang Persendirian Pegawai dari Kediaman di Malaysia ke Pejabat Perwakilan/Atase Pertanian Luar Negara (Door to Door)

[Info Lanjut]

 

Permohonan Online Ke Program Latihan Kemahiran Kebangsaan (PLKPK) Sesi Januari 2018.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Perolehan]
Tiada iklan perolehan yang terkini.

 

 

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali. More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

More »
 
     
PROGRAM DAN PROJEK    
     
Potensi Besar Industri Burung Walit    
     

Industri burung walit yang memiliki potensi besar dalam pasaran menjadi antara pilihan usahawan hari ini. Jika diimbas kembali dari segi sejarah, penuaian sarang burung walit dari gua-gua secara komersial bermula sejak 100 tahun dahulu di Malaysia. Hasil tuaian pertama adalah di Gua Niah, Sarawak pada 1878. Bermula dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar, industri burung walit semakin berkembang memandangkan ia mendapat permintaan tinggi kerana kandungan khasiatnya yang tinggi. Ini mendorong Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggalakkan lebih ramai usahawan terlibat dengan industri burung walit ini. Bagaimanapun, mereka perlu diberi persediaan awal sebelum menceburi industri ini termasuk garis panduan dan spesifikasi model penternakan berskala kecil dan besar serta keperluan-keperluan lain.

Justeru, menerusi Bahagian Khidmat Sokongan dan Pembangunan Industri (KSI) dan Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan (ITT P), Agrobank dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar ( JPV), Seminar Pembiayaan Industri Burung Walit akan diadakan pada 13 Julai depan. Seminar ini menyasarkan 700 peserta terdiri daripada pengusaha sedia ada, bakal pengusaha yang telah dikenalpasti oleh JPV di peringkat negeri dan orang ramai yang berminat. Di samping memperkenalkan industri burung walit secara umum, seminar ini juga

Bertujuan mempromosikan skim-skim pinjaman kerajaan di bawah Agrobank dan kriteria-kriteria yang diperlukan bagi mendapatkan pembiayaan ini. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai potensi dalam industri burung walit dan maklumat mengenai pembiayaan, datang beramai-ramai ke Seminar Pembiayaan Industri Burung Walit di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya.

Seminar Pembiayaan Industri Burung Walit
Tarikh : 13 Julai 2010
Tempat : Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya
Aturcara
8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran Peserta
9.00 - 9.30 pagi : Majlis Perasmian
9.30 - 10.30 pagi : Pembentangan Kertas kerja

  • Kertas 1 : Pengenalan Industri Burung Walit
  • Kertas 2 : Skim Pembiayaan Industri Burung Walit

11.30 - 12.30 Tengah hari : Sesi Soal Jawab

Tempat Adalah Terhad (700 peserta sahaja)
Muat Turun :
Slaid Pembentangan Industri Burung Walit Malaysia atau
Slaid Pembentangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Slaid Pembentangan Agrobank
Sebarang Pertanyaan dan Pendaftaran, Sila Hubungi

Seksyen Aneka Industri Nilai Tinggi
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Aras G, Blok Podium
Wisma Tani, Lot 4G2
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan persekutuan
62624 Putrajaya

Telefon : 03 - 8870 2459 / 2461 /2469
Faks : 03 - 8870 2451