PENGUMUMAN

Semakan Keputusan Permohonan Online ke Kolej Pertanian Malaysia bagi Sesi Januari 2016.

[Info Lanjut]

 

Slaid Pembentangan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

[Info Lanjut]

 

Portal Rasmi MOA Sedang Dinaik Taraf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

More »

Persidangan Malaysian National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-18

More »

Panduan Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

More »

Pasukan Penterjemah MOA

More »

Karnival Sukan 4 Penjuru

More »

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

Jemputan untuk melawat Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) More »
 

 

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN
 

TUJUAN

Menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktivi sektor pertanian negara.


OBJEKTIF PROGRAM

  1. Menyediakan tenaga kerja mahir terlatih dalam sektor pertanian yang meliputi semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan. 
  2. Melahirkan usahawan tani muda yang berdaya saing, moden dan kreatif bagi mencapai negara yang berpendapatan tinggi.
  3. Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. 


PELAKSANAAN

  • Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.
  • Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. 


TEMPOH LATIHAN

  • Tahap 1(Sijil) - 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 2(Sijil) - 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 3(Sijil) - 12 bulan (1,200 jam)
  • Tahap 4(Diploma) - 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri(LI)


PERSIJILAN

  1. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
  2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 
  3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 
  4. Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 


BIDANG LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Tanaman
  2. Penanaman Padi
  3. Ternakan Ruminan
  4. Ternakan Poltri
  5. Akuakultur Air Tawar
  6. Akuakultur Marin
  7. Teknologi Perikanan Tangkapan
  8. Pemprosesan Makanan
  9. Pemasaran


SENARAI PUSAT BERTAULIAH

Bil Pusat Latihan Bertauliah Bidang

1.

Kolej Pertanian Malaysia (KPM), Kampus Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah - Kampus Utama

Tanaman

Ternakan Ruminan

Pemprosesan Makanan

Pemasaran

Akuakultur Air Tawar

2.

Kolej Perikanan Malaysia Lumut (KPML), Setiawan, Perak

Akuakultur Marin

3.

Institut Pertanian Serdang (IPS), Selangor

Tanaman

4.

Institut Pertanian Kuala Lipis (IPKL), Pahang

Tanaman

5.

Institut Pertanian Bumbung Lima (IPBL), Kepala Batas, Pulau Pinang

Tanaman

6.

Kompleks Bimbingan Usahawan Tani (KBU), Pagoh, Johor

Tanaman

7.

Pusat Latihan Padi MADA (MRTC), Alor Setar, Kedah

Pengeluaran Padi

8.

Institut Veterinar Malaysia (IVM), Kluang, Johor

Ternakan Ruminan

9.

Institut Teknologi Unggas (ITU), Melaka

Ternakan Poltri

10.

Institut Perikanan Malaysia (APM), Jabatan Perikanan Malaysia, Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu

Teknologi Perikanan

Tangkapan

11.

Sekolah Perikanan Tangkapan, Tanjung Manis, Sibu, Sarawak

Teknologi Perikanan Tangkapan

12.

Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI, Serdang, Selangor

Pemprosesan Makanan

 

Laman: 1  2  

Tarikh Kemaskini : 12 Januari 2016