Program Pesta Buah-buahan di RTC TEMAN Gopeng merupakan satu usaha untuk mempromosikan RTC melalui program promosi buah-buahan tempatan khususnya kepada masyarakat luar Bandar yang berhampiran dengan kawasan jajaran RTC.
Program ini dilaksanakan dengan objektif:
i. Sebagai penyediaan awal untuk mengatasi lambakan buah bermusim.
ii. Meningkatkan kesedaran kebaikan dan kelebihan makan buah tempatan yang secara langsung meningkatkan penggunaannya.
iii. Mempromosikan peranan dan aktiviti RTC Gopeng.
iv. Menyediakan ruang pasaran kepada petani dan pengeluar di sekitaran RTC.
Program ini telah diadakan selama 2 hari bermula pada 23hb hingga 25hb Disember 2011, bermula pada jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Majlis perasmian berlangsung pada 23hb Disember 2011, bersamaan hari Jumaat pada jam 4.30.
Program ini melibatkan pengeluar, petani, pengguna dan generasi muda daripada siswazah IPTA/IPTS. Seramai 700 petani dan usahawan mendapat faedah daripada program ini apabila pihak FAMA dan usahawan pemasar membeli serta memasarkan buah-buahan dan produk IKS di RTC TEMAN.
Disamping itu juga, seramai 65 usahawan menjalankan jualan selama 3 hari program berlangsung. Melalui program dan aktiviti publisiti media cetak dan elektronik, seramai 10,000 orang pengunjung telah hadir ke program ini seperti pelajar IPT sekitar, kumpulan usahawan tani MOA, pelanggan pasar tani dan TEMAN, peruncit, pemborong serta pelbagai pengguna.
Antara program dan aktiviti yang dijalankan termasuk:
i. Jualan Buah-buahan Tempatan daripada usahawan GBBS dan FAMA (50 penyertaan),
ii. Pameran Jabatan dan agensi MOA ( 3 agensi)- Jabatan Pertanian, Mardi dan Jabatan Kesihatan Bahagian Pendidikan.
iii. Pembukaan Kaunter Bank ( 4 kaunter), - CIMB, BSN, Agrobank dan Maybank.
iv. Jualan Peserta IAT ( 15 penyertaan),
v. Ceramah Agama