Apa itu Rancangan Perniagaan Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci. Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan? - Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
- Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
- Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
- Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
- Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.
Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan 1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan - Nama perniagaan/projek
- Tujuan rancangan perniagaan
- Nama syarikat, alamat dan lain-lain
- Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan
2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan 3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek) Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan - Pengenalan & Ringkasan Eksekutif
- Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
- Latarbelakang perniagaan
- Latarbelakang ahli kongsi
- Kedudukan Projek
- Objektif Projek
- Rancangan Pentadbiran
- Rancangan Operasi
- Rancangan Pemasaran
- Rancangan Kewangan
- Penutup
- Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)
|