Latarbelakang Sambutan 40 Tahun MARDI (1969 – 2009) Sambutan 40 Tahun MARDI ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 16 hingga 17 Mac 2010 di Dewan D, MAEPS. Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.B Datuk Seri Noh B. Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 16 Mac 2010 (Selasa), jam 2.30 petang di tempat yang sama. Sejarah Penubuhan MARDI Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada ketika itu. Penubuhan MARDI adalah bagi tujuan pembangunan teknologi untuk kemajuan industry makanan, pertanian dan industry asas tani tempatan. Pendekatan dalam pembangunan teknlogi MARDI adalah melalui inovasi terancang dalam memastikan teknologi yang dibangunkan mempunyai daya saing yang tinggi. Tujuan Sambutan Tujuan sambutan ini adalah untuk menonjolkan pencapaian MARDI dalam tempoh empat dekad menjana, memindahkan dan pengkomersialan teknologi untuk pembangunan sektor pertanian negara. Antara fokus pengisian program pameran teknologi MARDI yang dihasilkan dan dikomersialkan serta digunapakai oleh kumpulan sasaran selama 40 tahun menjalankan penyelidikan. Selain itu, MARDI turut mempamerkan teknologi masa depan yang sedang dijalankan bagi memperkasakan industri pertanian negara. Khalayak yang digalakkan hadir ke sambutan ini terdiri daripada para petani, penternak dan nelayan yang ingin mengetahui teknologi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terutamanya MARDI. Selain itu pihak swasta, usahawan industri asas tani dan juga syarikat kerajaan (GLC) yang terlibat dengan pertanian akan turut dilibatkan Why celebrate? - We will look back at our history, celebrate our achievements and plan for the future.
- The anniversary presents an opportunity for MARDI to claim its place among the nation`s R&D centres
- A chance to recognize our “network of family, friends and associates”
- To galvanize its mission & vision
- Reach out to internal & external communities and build on past achievements
 Allahyarham Tun Abdul Razak ketika merasmikan Pejabat MARDI pada tahun 1969  Allahyarham Tuan Abdul Razak ketika melawat makmal di MARDI sekitar tahun 1970-an  Allahyarham Tuan Abdul Razak ketika melawat makmal di MARDI sekitar tahun 1970-an Aturcara Majlis Perasmian Sambutan 40 Tahun MARDI (Muat turun di sini) |