Minggu Tanaman Herba
Tarikh : 1 hingga 11 November 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Ruang legar Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Latar Belakang
Industri herba telah dikenalpasti sebagai satu industri yang berpotensi sebagai sumber pertumbuhan baru untuk menjana ekonomi negara yang mana pelan pembangunannya telah dicadangkan di dalam pelan National Key Economic Area (NKEA). Di antara aspek yang ditekankan ialah pengeluaran, penyelidikan, pembangunan produk di samping mempromosi khasiat dan kajian sains. Beberapa produk herba terpilih berasaskan Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Dukung Anak, Misai Kucing dan Hempedu Bumi telah dikenalpasti sangat berpotensi untuk dimajukan.
Berdasarkan program pelaksanaan Agriculture National Key Economic Area (NKEA) Subsektor Produk Herba Bernilai Tinggi, salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan ialah meningkatkan kesedaran dan kefahaman golongan sasar tentang pembangunan herba sebagai sumber pertumbuhan baru negara melalui pengeluaran produk-produk bernilai dan berkualiti tinggi seperti ekstrak herba berpiawaian (standardized extract).
Dengan arah tuju yang telah digariskan, Jabatan Pertanian Malaysia bersama-sama dengan Business Development Centre (BDC), Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani mengorak langkah permulaan dengan mengadakan seminar ini. Penganjur seminar menaruh harapan dan berkeyakinan bahawa melalui perkongsian maklumat dan pengalaman dengan semua pihak yang terbabit dalam industri ianya akan mempercepatkan lagi pertumbuhan dan bakal memberi manafaat kepada semua pemain industri serta menghasilkan kesan signifikan terhadap ekonomi Negara.
Objektif
Objektif Seminar Industri Herba Menjana Ekonomi Baru Ialah Untuk Meningkatkan Kesedaran Dan Kefahaman Golongan Sasar Tentang :
- Strategi Pembangunan Herba sebagai Sumber Pertumbuhan Baru Ekonomi Negara.
- Promosi produk-produk herba tempatan yang berkhasiat yang telah melalui kajian saintifik dan klinikal sebagai sumber produk kesihatan alternatif.
- Khasiat dan kajian sains bagi herba-herba terpilih seperti Tongkat Ali, Misai Kucing, Dokong Anak, Kacip Fatimah, Hempedu Bumi Dan lain lain herba yang berpotensi untuk kegunaan kesihatan
SEMINAR INDUSTRI HERBA MENJANA EKONOMI BARU
Tarikh: 9 hingga 11 November 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.
Lampiran :