Seminar Usahawan Industri asas tani diadakan bertujuan untuk mengumpulkan semua usahawan di bawah bimbingan jabatan pertanian di mana mereka akan diberi maklumat terkini berkaitan dengan Industri Asas Tani dan berkongsi maklumat terkini berkaitan dengan Industri asas Tani dan berkongsi maklumat sesama usahawan. Seminar ini diadakan setiap tahun dengan kehadiran para usahawan dari semua negeri di semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Di antara objektif utama seminar ini diadakan :-
- Memberi input dan informasi kepada usahawan mengenai pelaksanaan serta kemajuan Program Pembangunan Industri asas Tani dalam Rancangan Malaysia Ke-9
- Memberi maklumat dan pengetahuan bagi melengkapkan usahawan yang terlibat dalam bidang industri asas tani mengenai Peraturan dan Akta Makanan 1981, peraturan dan Permohonan Pensijilan GMP dan Halal.
- Melaksanakan ‘matching exercise’ di antara pengusaha vs pembekal, atau pengusaha vs pengusaha dan berkongsi pengalaman kisah kejayaan usahawan-usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.
Terdapat 280 orang peserta yang menghindari seminar ini yang terdiri daripada 200 usahawan industri asas tani di bawah bimbingan Jabatan Pertanian, bekas peserta Pusat bimbingan Usahawan dan ahli Kumpulan Pengembangan Wanita Maju Peringkat negeri serta 80 orang pegawai pembimbing Industri Asas Tani, Jabatan pertanian.
Di dalam seminar ini terdapat 12 kertas kerja yang akan dibentangkan oleh Pegawai-pegawai kanan jabatan pertanian, JAKIM, Kementerian kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, MARDI, bank Rakyat, TEKUN Nasional dan Indah Cipta Promotion and Advertising.
Terdapat 4 orang panel dijemput untuk membincangkan tentang ‘Market access’ di Malaysia. Di dalam sesi ini, para peserta akan berkongsi cara-cara untuk mendapatkan peluang perniagaan yang dapat melunaskan pasaran produk peserta secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan dan mempromosikan produk mereka. Para panel dijemput terdiri daripada MATRADE iaitu Malaysia External Trade Developmnet Corporation, Pasaraya MYDIN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga pemasaran pertanian persekutuan (FAMA)
Di dalam seminar ini juga, terdapat sesi Berkongsi Kejayaan bersama Pengusaha Industri asas Tani. Di dalam sesi ini, para peserta akan berkongsi cerita dan pengalaman yang telah dilalui oleh para panel yang merupakan usahawan jaya di dalam menjayakan perniagaan mereka. Di antara panel yang dijemput adalah Datin Halijah binti Md Ali dari negeri Johor