|
|
| |
 |
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi penekanan kepada pembangunan Industri Asas Tani bagi menambahkan pendapatan masyarakat pertanian melalui pembangunan aktiviti-aktiviti nilai tambah kepada hasilan pertanian. Bagi merealisasikan pembangunan Industri Asas Tani tersebut, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Kerajaan telah menggariskan lima (5) Teras Dasar seperti berikut: - Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;
- Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk;
- Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;
- Meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan; dan
- Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.
Objektif-objektif utama yang telah ditetapkan dalam pembangunan Industri Asas Tani adalah seperti berikut: - Membangun dan mengembangkan aktiviti pemprosesan dan kepelbagaian produk;
- Memperkukuhkan kualiti produk bagi menembusi pasaran dan rangkaian global; dan
- Meningkatkan pendapatan usahawan, petani, penternak dan nelayan.
Bagi mencapai objektif-objektif ini, tujuh (7) strategi utama telah digariskan iaitu: - Latihan Pembangunan Usahawan dan Teknikal (Modal Insan);
- Peningkatan Infrastruktur dan Peralatan;
- Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan Produk;
- Mendapatkan Persijilan dan Jaminan Kualiti;
- Penjenamaan;
- Mengadakan Pembiayaan yang Mencukupi; dan
- Mengembangkan Ruang Pemasaran dan Promosi.
Produk-produk yang dikenalpasti mempunyai potensi pasaran dan mampu dikeluarkan oleh Usahawan Industri Asas Tani adalah seperti berikut: Produk Berasaskan Tanaman - Snek: cip ubi kayu, pisang, nangka, nanas
- Sejuk beku: karipap, pau, martabak
- Minuman: soya, teh, chrysanthemum
- Jus buah-buahan tropika
- Produk herba: tongkat ali, misai kucing
- Sediaan gula: gula tebu, enau, madu lebah
- Mee/ Mihun
- Sos: cili, nanas, tomato
- Sup: Cendawan
- Jeruk
- Produk kelapa
Produk beras Produk Berasaskan Ikan - Fish paste
- Shrimp paste
- Lain-lain sediaan ikan
- Emulsified product
- Preserve and fermented
- Fish fillet
- Snek
- Makanan dalam tin
- Agar-agar
- Rumpai laut
Produk Berasaskan Ternakan - Pemprosesan dan pengawetan daging dan produk daging
- Produk emulsi (naget, burger, bebola daging/ayam dan sosej)
- Produk ditinkan ( kari ayam dan daging
- Sate, serunding dan kebab
- Produk-produk tenusu
- Ais krim, yogurt, keju, mentega dan susu cair
- Produk sos termasuk ekstrak perisa seperti
- Monosodium glutamate
- Kiub ayam dan sup ayam
- Produk-produk lain
- Sarang burung, kaya dan produk telur
Secara umumnya, Program-program pembangunan Usahawan Industri Asas Tani yang dijalankan oleh Kementerian ini diadakan melalui dua (2) program utama iaitu: - Program Pembangunan usahawan Industri Asas Tani Jabatan/Agensi; dan
- Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan.
Program pembangunan Usahawan Industri Asas Tani telah dilancarkan pada Ogos 2006 dan telah menetapkan seramai 10,000 usahawan baru dan naik taraf akan dilahirkan menjelang tahun 2010. Usahawan naik taraf bermakna pendapatan mereka melebihi RM2,000 sebulan. Di antara 2005 - 2007 seramai 12,562 usahawan telah dibangunkan iaitu 6,060 usahawa melalui program-program di peringkat Jabatan/Agensi dan 6,502 usahawan Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan. | Paparan : 5811
Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 September 2010 | |
| |