Visi Meningkatkan produktiviti sektor pertanian melalui penyediaan dasar,strategi,program dan penyampaian khidmat sokongan yang cemerlang agar dapat memenuhi keperluan kumpulan sasar
Misi Bertindak sebagai pemudah cara kepada Jabatan/Agensi Kerajaan serta golongan sasar bagi memastikan penyampaian khidmat sokongan dalam pembangunan industri pertanian dilaksanakan secara cekap dan berkesan
Objektif - Menentukan hala tuju bidang sains dan bioteknologi untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian yang mapan;
- Pengukuhan institusi peladang ke arah komersil dan berdikari bagi mempertingkatkan taraf hidup petani;
- Memperkukuhkan dan mengembangkan IADA Kalaka-Saribas dan Samarahan sebagai pusat pengeluaran makanan bukan berasaskan padi;
- Penyediaan kemudahan kredit pertanian yang komprehensif;
- Memastikan pengurusan perolehan tanah-tanah milik Kerajaan Persekutuan yang diguna pakai oleh Jabatan/Agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diuruskan secara cekap dan berkesan;
- Menentukan pembangunan Agro Pelancongan mapan bagi meningkatkan pendapatan petani/ penternak/ nelayan;
- Membangunkan Taman Pertanian/Taman Botani sebagai pusat Agro pelancongan negara;
- Memastikan Skim Dana R&D Pertanian dapat meningkatkan tahap Pengkomersialan teknologi
Fungsi
- Merangka penggubalan dasar-dasar, dan memantau serta menilai pelaksanaan dasar melalui program/projek berkaitan dengan Bahagian dan Agensi/ IADA di bawah Bahagian iaitu LPP, Agrobank, MARDI, TEKUN, IADA Kalaka-Saribas dan IADA Samarahan;
- Menyelaras, memantau & menilai pelaksanaan program/ projek Bahagian dan Agensi/ IADA di bawah Bahagian mengikut “outcome based”;
- Menyelaras dan memeriksa Belanjawan Mengurus dan Pembangunan Agensi/IADA di bawah Bahagian;
- Menguruskan permohonan perolehan tanah bagi kegunaan Jabatan, Agensi dan IADA di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan Agro pelancongan dan Taman Pertanian Malaysia;
- Menyelaras dan memantau program/projek berkaitan dengan alam sekitar.
|