• YBM Baru
  • img5
  • img5
  • img5
  • img3
  • img6
  • img3
  • img4

PENGUMUMAN

Kenyataan Sebutharga : Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Bagi Server Storage dan Perisian Maya Bagi Tempoh Dua (2) Tahun di Pusat Data, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

[Info Lanjut]

 

Kenyataan Sebutharga : Kerja-kerja Membaikpulih Bumbung Parkir Kereta Di Hadapan Kompleks Pejabat IADA Barat Laut Selangor, Daerah Kuala Selangor, Selangor.

[Info Lanjut]

 

Permohonan Online Kemasukan Pelatih Ke Institusi Latihan Pertanian (PLKPK) Bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

[Info Lanjut]

 

Iklan Tender : Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Pintu Air Dan Kerja-kerja Berkaitan Di Skim Pengairan Sg. Manik Dan Skim Pengairan Labu Kubong, Perak.

[Info Lanjut]

 

 

 

     
Sprinkler Kurangkan Kematian Benih Udang Galah    
     

PUSAT Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (PPPBUK) di Pulau Sayak, Kedah telah berjaya mencipta satu kaedah bagi mengurangkan kematian benih udang galah melalui penggunaan sprinkler dalam tangki pembenihan.

Inovasi yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk mencapai sasaran pengeluaran benih udang galah sebanyak 15,000 tan metrik tan pada 2010. Konsep inovasi ini ialah dengan memasang alat penyiram atau sprinkler di dalam tangki pembenihan di mana ia dapat meningkatkan peratus kemandirian benih udang galah semasa asuhan benih. Semburan oleh sprinkler akan mengelakkan benih udang dari melekat pada dinding tangki dan  seterusnya mengurangkan kematian benih. Teknik ini dapat meningkatkan pengeluaran benih udang galah dengan cara yang murah, mudah dipasang dan di selenggara serta mesra pengguna. Sistem ini juga boleh di aplikasi oleh golongan sasar dan mengurangkan kerugian akibat kematian benih.

Sebelum kaedah ini ditemui, larva pada peringkat X dan XI akan mula melompat di tepi dinding tangki ternakan dan seterusnya akan melekat dan mati.Sprinkler dapat mengurangkan kadar kematian larva pada kadar antara 20 peratus hingga 30 peratus. Secara keseluruhannya, kaedah ini memberi lebih keuntungan kepada pengusaha di samping dapat mengatasi masalah bekalan benih udang galah.

Dengan ini, sasaran pengeluaran udang galah sebanyak 15,000 tan metrik yang digariskan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga melalui pembangunan sektor akuakultur yang mampan dapat dicapai.


KERUGIAN YANG DIALAMI OLEH PENGUSAHA SEBELUM PENGGUNAAN SPRINKLER
Kerugian yang dialami oleh pengusaha sebelum penggunaan sprinkler

  • Bilangan rega : 400,000 ekor/tangki (satu pusingan pembenihan)
  • Kadar kematian : 80,000 - 120,000 rega x 0.06 sen/ekor
    (20% - 30%) RM 4,800 - RM7,200/pusingan
    RM 4,800 - RM7,200 x 5 pusingan/tahun
    RM 24,000 - RM36,000 setahun

    Jika ada 10 tangki/pusingan, kerugian ialah
    : RM 24,000 - RM36,000/tahun x 10 tangki
    : RM 240,000 - RM360,000 setahun

ANALISIS KOS

  • Set pam dan sprinkler : RM80/unit
  • Bilangan set/tangki : 5 unit
  • Kos/tangki : RM80/unit x 5 unit = RM400

Sebelum inovasi, kuantiti benih yang dihasilkan/pusingan (50% hidup) = 200,000/tangki (rekod tertinggi)

Nilai benih 200,000 x RM0.06 : RM12,000

Selepas inovasi, kuantiti benih yang dihasilkan/pusingan (70% hidup) = 280,000/tangki (data yang direkod)

Nilai benih 280,000 x RM0.06 : RM16,800

Peningkatan pendapatan = RM16,800 - RM12,000 = RM4,800

  • Jangka hayat set sprinkler 2 tahun (minimum)
  • Peningkatan pendapatan/pusingan/tangki = RM4,800
  • Peningkatan pendapatan/tahun/tangki = RM24,000
  • Jika 10 tangki digunakan = RM240,000
  • Modal set sprinkler/tangki = RM400
  • Jumlah kos pembelian sprinkler = RM400 x 10 tangki = RM4,000
  • % keuntungan pelaburan = RM240,000 x 100% = 6000% = RM4,000