Kawasan Pembangunan Pertanian BERSEPADU Kerian-Sg. Manik (Intergrated Agriculture Development Area Kerian-Sg Manik) juga lebih dikenali sebagai IADAKSM telah dilancarkan pada tahun 1979. Kawasan operasi meliputi kawasan seluas 66.282 hektar yang melibatkan keseluruhan kawasan di Daerah Kerian dan mukim Sg. Manik-Labu Kubong yang terletak di Daerah Hilir Perak. 30,560 hektar daripada luas keseluruhan tersebut merupakam kawasan yang terlibat dengan aktiviti pertanian. Kawasan sawah padi pula adalah seluas 28,488 hektar daripada 3 punca utama iaitu kolam air Bukit Merah (70%),rumah pam Sg. Bogak (15%), dan hujan (15%), manakala, empangan Sg. Manik di Chikus merupakan sumber air bagi kawasan Sg. Manik-Labu Kubong.
Agensi-agensi utama perlaksana IADAKSM terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu Unit Pengurusan Projek (UPP), Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP), Bahagian Pertanian (BP), dan bahagian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Fungsi UPP bertanggungjawab dalam perancangan, perlaksanaan, penilaian, dan pemantauan projek,Fungsi BPSP untuk mebina menaiktaraf, membaiki, serta menyenlenggara system pengairan dan saliran di kawasan operasi. Bagi kerja-kerja pengembangan iaitu pemindahan teknologi moden tanaman padi kepada petani pula telah dipertanggungjawab kepada Bahagian Pertanian, tanaman, Bahagian LPP pula lebih tertumpu kepada program mini estet padi dan mempelbagaikan pendapatan petani.
Objektif