Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam telah diilhamkan oleh mantan Menteri Pertanian, Yang Berbahagia Tan Sri Sanusi Junid pada tahun 1985. Pada 24 April 1986, satu gotong royong membabitkan seramai 300 orang dari kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya bagi membangunkan Taman Pertanian.
Taman ini telah dibuka kepada orang awam pada 15 September 1989 dengan bayaran masuk berdasarkan bayaran tiket bas, RM 2.00 untuk dewasa dan RM 1.00 bagi kanak-kanak.
Taman yang pada mulanya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cherakah ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam pada Ogos 1990 oleh Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pada bulan dan tahun yang sama juga bayaran masuk ke taman telah dinaikkan kepada RM 3.00 bagi dewasa dan kanak-kanak masih kekal RM 1.00.
Kaunter Tiket

Perkhidmatan Bas dan Sewaan Basikal
Tapak Hari Keluarga
Pondok Menunggu Bas & Papan Tanda
Dewan Makan dan Surau
Gerai Makanan dan Minuman

Lokasi Memancing
Tandas dan Tempat Letak Kereta
Kampung Idaman
 | Bilangan : 11 unit Kapasiti : 10 orang / rumah Harga : RM 80 (hari biasa) dan RM 100 (hari minggu/K.Am) Kemudahan:Tilam , Bantal, Cadar, sarung bantal, dapur dan gas serta bilik air |
Rumah Persinggahan
 | Bilangan : 5 unit Kapasiti : 4 orang / rumah Harga : RM 50 (hari biasa) RM 70 (hari minggu/K.Am) Kemudahan:Tilam , Bantal, Cadar, sarung bantal, dapur dan gas serta bilik air |
Camar Rimba ( A' Frame)
 | Bilangan : 20 unit Kapasiti : 4 orang / rumah Harga : RM 20 (hari biasa) Kemudahan: 4 Tilam, bekalan elektrik dan tandas Awam |
Camar Rimba (Tapak Khemah )
 | Bilangan : 100 unit Kapasiti : 4 orang / tapak Harga : RM 5 |
Taman Pertanian Malaysia (Malaysia Agriculture Park)
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5510 6922 / 6923 / 7048 / 5519 9618
Fax: 03-5510 0922
Email:tpm@yahoo.com