Latar Belakang Bahagian Pengurusan Maklumat BPM ditubuhkan pada 1986 sebagai Unit Komputer untuk memberikan perkhidmatan teknologi maklumat kepada Bahagian/ Cawangan/Unit di Kementerian dengan 20 perjawatan. Pada 12 Mac 2003, Kementerian telah membuat penyusunan semula organisasi dan Unit Komputer telah dikembangkan menjadi Bahagian Teknologi Maklumat dan ditempatkan di sektor perancangan dengan 28 perjawatan. Pada 14 September 2004, struktur organisasi BTM telah diperkasakan lagi dengan pertambahan jawatan baru sehingga 40 perjawatan pada masa sekarang. Visi Menjadi Bahagian terunggul dalam memberi perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi di Kementerian. Misi Memberikan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi yang progresif, berkesan dan berkualiti. Objektif Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan di Kementerian dengan memberi perkhidmatan pemprosesan data, mengkomputerkan proses kerja, menggalak dan menyokong penggunaan teknologi komputer, latihan penggunaan perisian dan memberi khidmat nasihat pengkomputeran. Fungsi - Merancang dan merangka dasar ICT Kementerian.
- Menganalisis, mereka bentuk, membangun atau memantau, menguji dan menyelenggara sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman atau ‘out source’.
- Mengurus dan mengendalikan kemasukan data.
- Menyedia, mengendali dan menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan ICT untuk Kementerian.
- Mengawal selia kualiti sistem dan keselamatan ICT.
- Membudayakan penggunaan ICT di Kementerian.
- Memberi khidmat nasihat ICT kepada Kementerian.
- Menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian.
- Membantu Kementerian melaksanakan aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik.
- Merancang dan mengurus hal-hal pentadbiran dan belanjawan Bahagian.
|