Persatuan Nelayan Kawasan Tanjung Dawai telah memperkenalkan teknologi Rumah Haba dalam mengawal kualiti perusahaan keropok.
Produk yang dihasilkan di Pusat Pemprosesan Hasil Laut (PPHL) Tanjung Dawai ialah keropok (kering) seperti keropok ikan bilis, keropok ikan tamban, keropok sotong dan keropok udang.
Keropok keluaran PPHL Tanjung Dawai mendapat pengiktirafan kualiti dengan memperoleh tempat kedua Pertandingan Hasil-hasil Pertanian (kategori hasil laut), Peringkat Kebangsaan sempena MAHA 2002 dan menduduki tempat ketiga pada MAHA 2006. Produk-produk ini juga telah memprolehi Sijil Halal oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).
Apa itu rumah haba?
Rumah haba ialah sistem pengeringan keropok keping yang digunakan di PPHL, Persatuan Nelayan Kawasan Tanjung Dawai, Kedah. Ia mula dibangunkan pada 2002 membabitkan peruntukan RM500,000 yang disalurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) termasuk mesin dan peralatan pemprosesan keropok.
Sebelum rumah haba diperkenalkan
- Tahap kebersihan keropok keping yang rendah-terdedah kepada habuk
- Tahap keselamatan keropok keping yang tidak terkawal
- Masa jemuran mengambil masa yang lama dan bergantung sepenuhnya kepada cuaca-sekiranya hujan keropok tidak dapat dijemur
- Perancangan kerja terganggu kerana keadaan cuaca tidak menentu
- Terdedah kepada binatang seperti lalat, burung, kucing dan kambing semasa dijemur di padang
Kelebihan rumah haba
- Tahap kebersihan keropok keping dapat diawasi
- Gangguan pencemaran habuk, serangga, burung, kucing dan lalat dapat dikawal
- Masa penjemuran singkat disebabkan tidak bergantung sepenuhnya kepada cuaca yang terang
- Perancangan kerja dapat diikuti dengan lancar
- Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan