• img3
  • img1
  • img1
  • img3
  • img7

PENGUMUMAN

[Keputusan Sebut Harga] Perkhidmatan Membekal dan Menyediakan Makanan Serta Minuman Bermasak Islam di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN) Lumut, Perak

[Info Lanjut]

 

[Jadual Tender] Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Pengairan dan Saliran Pertanian Bagi IADA Pulau Pinang : IADA/PP/1/2017, IADA/PP/2/2017, IADA/PP/3/2017 dan IADA/PP/4/2017.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Sebutharga] Kerja-kerja Menaik Taraf Jalan Ladang Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Projek Berkelompok Tanaman Buah-buahan Kampung Chabang Kerteh, Kemaman, Terengganu.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Sebutharga] Kerja-kerja Menaik Taraf Jalan Ladang Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Projek Berkelompok Tanaman Kontan/Sayuran Di Paya Pinggiran Kijal, Kemaman, Terengganu.

[Info Lanjut]

 

[Iklan Sebutharga] Kerja-kerja Menaik Taraf Jalan Ladang Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Projek Berkelompok Buahan Dan Beltek Kampung Semayor, Kemasik, Terengganu.

[Info Lanjut]

 

[Keputusan Sebut Harga] Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Dan Kawasan Di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN) Lumut, Perak.

[Info Lanjut]

 

Tawaran Program Inkubasi Usahawan Pertanian dari Syarikat Ladang Sawitria (Kel) Sdn. Bhd.

[Info Lanjut]

 

Tinjauan Kepuasan Pelanggan bagi penilaian Indeks SSR 2017 menggunakan aplikasi MyPelanggan mulai 24 Julai - 31 Oktober 2017. Satu soal selidik telah disediakan dan mohon kerjasama pelanggan MOA/ Jabatan / Agensi mengisi dan menilai perkhidmatan yang diberikan.

[Info Lanjut]

 

 
TEMAN    
     
Pembangunan Terminal Makanan Negara

Institusi pasar borong adalah pusat strategik pengedaran bahan makanan keperluan harian, dan peranannya adalah sangat penting sebagai nadi pembangunan sosio ekonomi negara.

Usaha-usaha ke arah pembaikan sistem pemborongan di Malaysia perlulah dilaksanakan mengikut perancangan strategik yang lengkap dan teratur dengan melibatkan semua pihak berkaitan. Ini penting bagi menjamin pengeluar mendapat pasaran hasil pertanian mereka pada harga yang menguntungkan manakala pengguna dijamin bekalan bahan makanan yang berterusan dengan mutu dan harga yang berpatutan.

Pembangunan projek TEMAN bertujuan untuk menyediakan infrastruktur yang serba lengkap, moden dan mesra pelanggan dengan sistem pemborongan yang lebih teratur, telus dan terkawal. Melalui pelaksanaan projek TEMAN, kumpulan pengeluar boleh terlibat dengan lebih aktif di dalam aktiviti pemborongan seperti mana yang berlaku di negara-negara maju seperti Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Australia. Kejayaan institusi pasar borong di negara tersebut dapat membantu pembangunan sektor pertanian dan meningkatkan taraf hidup kumpulan pengeluar. Selain itu, faedah yang diperoleh dari projek ini secara langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kos makanan kepada rakyat.

Perancangan projek TEMAN telah dimulakan sejak pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-8 (RMKe-8) dengan Projek Perintis di Gopeng, Perak. Sehubungan dengan itu, dalam pelan tindakan RMKe-9, Kompleks TEMAN Gopeng akan dibangunkan di atas tapak seluas 50 ekar.

Pembangunan kompleks tersebut merangkumi penyediaan pelbagai kemudahan asas untuk aktiviti pemborongan. Ia termasuk sistem lalu lintas, tempat meletak kenderaan dan sistem perparitan. Blok pemborongan utama yang mempunyai sebanyak 227 lot untuk menempatkan pemborong bagi komoditi utama sayur, buah, barangan keperluan makanan utama seperti bawang, ubi kentang dan produk-produk lain termasuk barangan proses yang diusahakan oleh pengusaha PKS (produk kecil sederhana). Komponen lain adalah termasuk blok pemborongan ikan yang mempunyai sebanyak 40 lot dan blok pemborongan ayam dan daging sebanyak 20 lot. Sesuai dengan keperluan semasa, kompleks ini turut merangkumi kemudahan-kemudahan sokongan seperti pusat pengedaran untuk komoditi bunga, ikan hiasan, ruang pejabat pentadbiran dan kafeteria.

Antara aktiviti utama yang dijalankan di Kompleks TEMAN ialah:
  • Menyediakan kemudahan yang serba lengkap untuk membolehkan urus niaga secara borong dilaksanakan dengan cekap, cepat, telus dan selamat. Ia merangkumi penyediaan ruang niaga yang lebih luas, kemudahan penyimpanan, khidmat sokongan seperti perbankan dan kemudahan penyimpanan dan kemudahan awam lain;
  • Memperbaiki dan menggalakkan penggunaan amalan yang baik di dalam aktiviti pengendalian produk dari aspek kualiti, penggredan, pembungkusan, pelabelan, pensijilan, pengesahan dan standard keselamatan makanan;
  • Mewujudkan sistem urus niaga yang cekap melalui mekanisme penetapan harga yang berkesan bagi menjamin kewujudan persaingan yang adil, telus dan saksama di kalangan pengeluar, pemborong dan pembeli;
  • Menjadi pusat untuk aktiviti pengumpulan, penyediaan dan pengedaran bekalan untuk tujuan pasaran eksport dan kawalan import yang disokong dengan perkhidmatan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan secara berpusat untuk aktiviti akreditasi dan keselamatan makanan. Ia seiring dengan cadangan penubuhan MAQIS (Malaysian Agriculture Quarantine & Inspection Services)
  • Menjadi pusat promosi dan pendidikan bagi hasil-hasil pertanian sama ada barangan segar, proses dan
  • Pusat Pemasaran Produk Halal

Keterangan Lanjut :
Bahagian Terminal Makanan Negara (TEMAN)
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304, Jalan Persiaran Satu,
Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03 6126 2020 Faks : 03 6138 3650 / 6138 5200
Emel : teman@fama.gov.my