| | | | TERNAKAN | [Click Tabs For Contents] | | | Ayam |  | - Nama biasa : Ayam (Penelur)
- Nama saintifik : Gallus gallus domesticus
- Famili : Phasianidae
| | Teknik pemeliharaan ayam penelur yang betul dan/atau baik menjamin pengeluaran telur yang bermutu. Pengeluaran telur di Malaysia mencatat lebihan sebanyak 9%. Lebihan pengeluaran ini diatasi melalui pengeksportan ke destinasi utama iaitu Singapura dan Indonesia. Pasaran baru harus ditemui kerana Singapura dijangkakan mengurangkan import telur. Selain daripada itu, pengeluar tempatan menghadapi saingan dari segi kos pengeluaran yang lebih tinggi berbanding negara-negara jiran. Cadangan pendekatan untuk meningkatkan pemasaran telur termasuklah mengeluarkan produk yang selamat, bermutu, harga berpatutan serta persembahan produk yang menarik. | | | | | Tenusu | |  Dalam tahun kebelakangan ini, terdapat suatu kecenderungan dalam permintaan susu Negara yang berkualiti di seluruh Negara terutama di kawasan Bandar. Pengimportan sus tepung dan susu cair telah meningkat. Belanja mengimport semakin mahal kerana peningkatan pertukaran wang asing yang tidak menguntungkan. Walaupun lading kerajaan dan penternak tempatan mengeluarkan kira-kira 25 juta liter susu setahun, namun 95% permintaan susu dan produk susu adalah melalui import. Ini menyumbang kepada peningkatan jumlah import Negara dari tahun ke tahun. Sejak beberapa tahun dahulu terdapat beberapa lading tenusu yang baru diwujudkan, terutama di dalam dan di sekitar Pusat Pengumpulan Susu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pemasaran susu di Malaysia tidak pernah dilakukan seperti mana dibuat di Negara di mana industri tenusu telah maju. Susu adalah komoditi keperluan harian yang mudah rosak dan tidak sesuai dibeli dengan banyak untuk disimpan di dalam peti sejuk. Oleh itu ia memerlukan penghantaran harian sama seperti roti dan surat khabar. Ia mestilah sampai kepada pengguna sebagai susu yang berkualiti dan pembungkusan standard. Dipercayai bahawa dengan pemasaran sistematik dan saluran pengagihan yang wajar, permintaan susu segar dijangka akan bertambah. Di dalam keadaan iklim tempatan, adalah perlu untuk mengadakan pengurusan rangkaian sejuk bagi pengedaran susu. Walaupun susu tersedia di pasaran dunia, suatu tahap sara diri diperlukan dalam negara kita. Tahap sara diri yang rendah (kurang daripada 4%) membuatkan ia lebih kritikal untuk melihat perkara ini dengan serius. | | | | | | Kambing | | Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN 3 ) telah menitikberatkan pengeluaran bahan makanan dari sumber tempatan dan ini termasuklah pengeluaran komoditi daging kambing. Selaras dengan DPN 3 ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah meneliti dan menilai semula peranan yang boleh dimainkan dalam bidang usaha ini. Jabatan mendapati hasil pengamatan dan penelitian beberapa projek tertentu di lapangan, bidang usaha pengeluaran kambing boleh digerakkan dan diberikan penekanan semula iaitu sesuai dangan potensinya pada masa hadapan. Walaupan kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan sama ada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga. Permintaan bagi danging kambing pada tahun 2010 diunjurkan sebanyak 21.30 tan metrik sedangkan pengeluaran hanyalah di tahap 2.18 tan metrik sahaja. Kadar sara diri bagi daging kambing pada tahun 2010 berada pada tahap 10.23% sahaja. Ini menjanjikan ruang dan peluang yang besar kepada semua penternak untuk menceburi bidang ini. - Kambing Jamnapari
- Kambing Anglo Nubian
- Kambing Boer
- Kambing Toggenburg
| Kambing Kacang (Katjang)  Characteristics
- Originated from Malaysia and Indonesia.
- small and short body
- horns directed upwards and backwards
- erect ears, goatee present in males but rarely in females
- facial profile is straight and tirus.
- short neck, hind quarters higher than shoulders, average height of 50-60 cm
- thin skinned, rough coat, black and brown occasionally with white spots on body and limbs
- twin births
- milk production of 0.3 kg per day in the first 3 months and 0.2 kg within 4 - 6 months
Birth Weight | Adult Weight | | Male 1.6 kg | Male 20 - 25 kg | | Female 1.8 kg | Female 25 - 30 | | | Kambing Jamnapari  Asal Baka ini berasal dari sempadan India dan Pakistan. Ianya hasil kacukan kambing betina dari kawasan Alwar di Rajastan dengan kambing jantan Jamnapari. Ciri - Ciri: • Mempunyai rangka badan yang agak tinggi dan besar • Mempunyai hidung yang sangat cembung (parrot-like apperance) • Berbagai variasi warna bulu tetapi yang biasa ialah hitam dan putih dengan tompokan kecil • Berwarna agak gelap pada bahagian kepala dan leher • Telinga yang panjang dan melampai ke bawah • Mempunyai bulu yang lebat di bahagian punggung (feathers) • Dwiguna (daging dan susu) • Tahap kesuburan yang tinggi • Tahan lasak • Daya tahan penyakit yang tinggi Berat Lahir | Berat Dewasa | | Jantan 3 - 4 kg | Jantan 68 - 91 kg | | Betina 3 - 4 kg | Betina 36 - 63 kg | Umur Matang | Jantan Betina Nisbah | | Jantan : 9 bulan | 1 Jantan : 20 – 30 betina | | Betina : 18 bulan | | Tempoh Bunting | | 149 hari – 155 hari | | | Kambing Anglo Nubian Asal Baka ini berasal dari England. Ianya hasil kacukan kambing betina Old English Milch Goat dengan kambing jantan Zariby dan Nubian. Ciri - Ciri: - Mempunyai rangka badan yang agak besar
- Mempunyai telinga yang panjang dan hidung cembung (Roman Nosed)
- Mempunyai bulu badan yang pendek dengan berbagai variasi warna tetapi yang biasa ialah coklat kemerahan dengan campuran warna hitam dan putih
- Mempunyai kaki yang panjang dan purata ketinggian badannya 80sm
- Dwiguna (daging dan susu) dengan penghasilan susu sehingga 2 liter sehari
- Tahap kesuburan yang tinggi
- Tahan lasak
- Daya tahan penyakit yang tinggi
Berat Lahir | Berat Dewasa | | Jantan : 3.5 kg (8 Ib) | Jantan : 70 – 85 kg (154 – 190 Ib) | | Betina : 3.9 kg (9 Ib) | Betina : 55 – 70 kg (120 – 154 Ib) | Umur Matang | Jantan Betina Nisbah | | Jantan : 9 bulan | 1 Jantan : 20 – 30 betina | | Betina : 18 bulan | | Tempoh Bunting | | 149 hari – 155 hari | | | Kambing Boer Asal Baka ini berasal dari sempadan Afrika Selatan. Mula berada di Malaysia sekitar tahun 2006. Ciri - Ciri: - Baka tulen mempunyai badan yang bewarna putih dan kepala coklat
- Telinga yang agak panjang
- Jinak
- Tumbesaran yang cepat
- Daya keibuan yang tinggi dibandingkan dengan baka-baka kambing yang lain
- Tahap kesuburan yang tinggi
- Tahan lasak
- Daya tahan penyakit yang tinggi
- Sesuai dengan cuaca panas dan kering
Berat Badan | Umur Matang | | Jantan : 110 – 135 kg (240 – 300 Ib) | Jantan : 9 bulan | | Betina : 90 – 100 kg (200 – 220 Ib) | Betina : 18 bulan | Jantan Betina Nisbah | Tempoh Bunting | | 1 Jantan : 20 – 30 betina | 149 hari – 155 hari | | | Kambing Tuggenburg Asal Baka ini berasal dari sempadan Toggenburg Valley, Switzerland. Ciri - Ciri: - Mempunyai rangka badan yang sederhana
- Mempunyai bulu badan yang pendek berwarna coklat pada keseluruhan badan dengan warna putih pada bahagian tertentu seperti muka dan kaki
- Ianya antara baka kambing susu yang terkecil di dunia
- Sangat sesuai dijadikan haiwan peliharaan kerana sifatnya yang tenang
Berat Badan | Umur Matang | | Jantan : 45 – 60 kg (100 – 130 Ib) | Jantan : 9 bulan | | Betina : 40 – 50 kg (90 – 110 Ib) | Betina : 18 bulan | Jantan Betina Nisbah | Tempoh Bunting | | 1 Jantan : 20 – 30 betina | 149 hari – 155 hari | Umur Matang | Jantan Betina Nisbah | | Jantan : 9 bulan | 1 Jantan : 20 – 30 betina | | Betina : 18 bulan | | | | | | Bebiri | | | | Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN 3 ) telah menitikberatkan pengeluaran bahan makanan dari sumber tempatan dan ini termasuklah pengeluaran komoditi daging kambing. Selaras dengan DPN 3 ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah meneliti dan menilai semula peranan yang boleh dimainkan dalam bidang usaha ini. Jabatan mendapati hasil pengamatan dan penelitian beberapa projek tertentu di lapangan, bidang usaha pengeluaran Bebiri boleh digerakkan dan diberikan penekanan semula iaitu sesuai dangan potensinya pada masa hadapan. Walaupan Bebiri telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan sama ada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga Permintaan bagi daging kambing pada tahun 2010 diunjurkan sebanyak 21.30 tan metrik sedangkan pengeluaran hanyalah di tahap 2.18 tan metrik sahaja. Kadar sara diri bagi daging kambing pada tahun 2010 berada pada tahap 10.23% sahaja. Ini menjanjikan ruang dan peluang yang besar kepada semua penternak untuk menceburi bidang ini. Beberapa baka bebiri yang berpotensi adalah Damara dan Dorper. - Bebiri Damara
- Bebiri Dorper
| | Bebiri Damara Asal Baka ini berasal dari Asia Timur serta Mesir. Ciri - Ciri: - Bebiri yang mempunyai ‘hair' dan bukannya ‘wool'
- Mempunyai ekor yang gemuk
- Daya keibuan yang sangat baik
- Tahan lasak – boleh hidup di kawasan panas dan juga mampu hidup dengan jumlah air yang terhad sehingga 3 hari
- Daya tahan penyakit yang agak tinggi
Berat Dewasa | Umur Matang | | Jantan : 68 – 45-60 kg (100-130 lb) | Jantan : 8 bulan | | Betina : 46 – 40-50 kg (90-110 lb) | Betina : 11-15 bulan | Nisbah Jantan Betina | Tempoh Bunting | | 1 Jantan : 20 – 30 betina | 149 hari – 155 hari | | | Bebiri Dorper Asal Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian. Ciri - Ciri: - Bebiri yang mempunyai ‘hair' dan bukannya ‘wool'
- Daya keibuan yang sangat baik
- Tahan lasak – mampu hidup di kawasan sejuk serta bersalji
- Daya tahan penyakit yang agak tinggi
- Menghasilkan antara kulit (sheepskin) yang terbaik di dunia
Berat Dewasa | Umur Matang | | Jantan : 45-60kg (100-130lb) | Jantan : 5 bulan | | Betina : 40-50kg (90-110lb) | Betina : 11-15 bulan | Nisbah Jantan Betina | Tempoh Bunting | | 1 Jantan : 20 – 30 betina | 149 hari – 155 hari | | | | | | |
|