Visi
Menjadi pakar rujuk mengenai publisiti untuk kementerian pertanian dan industri asas tani, jabatan dan agensi.
Misi
Berkhidmat kepada kementerian pertanian dan industri asas tani, jabatan dan agensi di bawahnya dalam penyebaran maklumat secara meluas serta berkhidmat kepada orang awam dengan melayan pertanyaan serta aduan mereka dan menyalurkankepada pihak-pihak yang berkenaan.
Objektif Umum
Memelihara dan meningkatkan imej kementerian melalui strategi perhubungan awam yang teratur.
Objektif Operasi
- Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media massa.
- Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-program Kementerian.
- Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kementerian dan acara antarabangsa mendapat publisiti meluas secara professional melalui media massa.
- Memberi khidmat sokongan kepada 13 Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Fungsi
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti secara sistematik dan teratur bagi Kementerian termasuk Y.B. Menteri, Y.B. timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
- Melaksanakan tugas keurusetiaan aduan awam bagi Kementerian.
- Merancang dan menyelaras strategi media bagi Kementerian.
- Menjadi urusetia kepada Program Media Night.
- Memberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi Kementerian dari segi publisiti.
- Menyelaras program-program dengan pihak media cetak dan media elektronik bersama agensi-agensi Kementerian.
- Membantu di dalam penerbitan Kementerian seperti Buku Laporan Tahunan dan Buletin Kementerian.
- Mewakili Kementerian menghadiri mesyuarat untuk memberi khidmat nasihat dari segi publisiti kepada agensi-agensi Kementerian.
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti publisiti bagi Majlis Rasmi Kementerian.
- Melaksanakan tugas keurusetiaan Jawatankuasa Publisiti bagi Majlis Rasmi Kementerian.
- Melaksanakan tugas keurusetiaan Jawatankuasa Publisiti Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA
- Menjadi urusetia Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
- Menyelaras aktiviti-aktiviti publisiti bagi acara antarabangsa di Peringkat Kementerian
- Menyelaras lawatan-lawatan dari dalam dan luar negara ke Kementerian.