| Laman Utama »
Projek » IADA » IADA Samarahan » Visi,Misi & Objektif
|
|
|
|
| |
 |
Objektif - Mempertingkatkan pengeluaran makanan negara dengan projek tanaman pengeluaran makanan seperti tanaman nanas, buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman singkat masa & ternakan/ternakair.
- Menyedia, menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur seperti jalan ladang dan perparitan selaras dengan penumpuan projek-projek tanaman makanan.
- Mempertingkatkan pendapatan petani khususnya peserta projek ke tahap sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pelaksanaan projek.
- Mewujudkan industri hiliran pemprosesan berasaskan hasil pertanian dan program pembangunan usahawantani.
Visi Menjadikan iada samarahan sebagai kawasan pengeluaran tanaman makanan terpenting di sarawak dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi petani di kawasan projek Misi Membangunkan iada samarahan dengan projek tanaman pengeluaran makanan secara bersepadu dan menyedia serta menambahbaik infrastruktur sedia-ada Fungsi - Membangun kawasan tanaman nanas, limau, mangga, buah-buahan campuran dan tanaman singkat masa mengikut pelan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Malaysia.
- Membangun projek ternakan/ternakair dan Industri Asas Tani mengikut pelan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Malaysia.
- Mewujudkan plot demonstrasi pelbagai jenis tanaman sebagai pusat pemindahan teknologi dan pengembangan kepada peserta-peserta projek.
- Memberi bantuan kos pembangunan dan operasi kepada peserta-peserta projek pertanian IADA Samarahan.
- Membangun, menaiktaraf dan menyelenggara infrastruktur serta jalan ladang di dalam kawasan projek pertanian IADA Samarahan.
| Paparan : 1328
Tarikh Akhir Dikemaskini : 13 Julai 2011 | |
| | |
|