Pemakluman Penguatkuasaan Marine Mammal Protection Act (MMPA) Oleh Pihak Amerika Syarikat Kepada Pengeskportan Produk Ikan dan Hasilan Ikan Pemakluman Penguatkuasaan Marine Mammal Protection Act (MMPA) Oleh Pihak Amerika Syarikat Kepada Pengeskportan Produk Ikan dan Hasilan Ikan

 

ANNOUNCEMENT

TO PROCESSING PLANTS AND EXPORTERS OF FISHERIES RELATED PRODUCTS TO THE UNITED STATES

The National Marine Fisheries Service of United States (NMFS) has published a final rule (81 FR 54390; 15 August 2016) implementing the fish and fish product import provisions (section 101(a)(2)) of the Marine Mammal Protection Act (MMPA). Under the MMPA, the United States prohibits imports of commercial fish or fish products caught in commercial fishing operations resulting in the incidental killing or severe injury (bycatch) of marine mammals over United States standards (16 U.S.C. 1371(a)(2)). The regulations apply to any foreign nation with fisheries exporting fish and fish products to the United States, either directly or through an intermediary nation. The new provisions of the MMPA come into force on 1 January, 2022.

All fisheries that export to the United States must be on the List of Foreign Fisheries (LOFF) of the web-based data portal (IAICRS). Malaysia, as one of the harvesting nation and intermediary nation, must apply for and receive a comparability finding for each of its export and exempt fisheries on the LOFF to continue to export fish and fish products from those fisheries to the United States. For Malaysia to receive the comparability finding the latest information in the IAICRS need to be updated by 15 May 2020.

The purpose of this announcement is to alert all industry players involved regarding the MMPA new provision. Given the current situation of the COVID 19, we had postponed the consultation session with industry players scheduled for April 2020. Therefore, we request the relevant industry players to provide information such as the following details (the sources of raw material and company details as per Annex 1) and email to vaani@dof.gov.my and fadhlina@dof.gov.my.

It is highly essential to update the information in the IAICRS to avoid non-comparability finding and running the risk of not being allowed to export fish and fish products to the United States.

Further inquiries kindly contact vaani@dof.gov.my and fadhlina@dof.gov.my.


PENGUMUMAN

KEPADA KILANG PEMPROSESAN SERTA PENGEKSPORT PRODUK PERIKANAN KE AMERIKA SYARIKAT

National Marine Fisheries Service of United States (NMFS) telah mewartakan peraturan akhir (81 FR 54390; 15 Ogos 2016) yang menetapkan syarat berkenaan dengan import ikan dan produk ikan (seksyen 101 (a) (2)) di bawah Marine Mammal Protection Act (MMPA). Di bawah MMPA, Amerika Syarikat (US) melarang import ikan komersial atau produk ikan yang ditangkap dalam operasi penangkapan ikan komersil yang boleh mengakibatkan tangkapan sampingan (bycatch) atau kematian atau kecederaan ke atas mamalia marin melebihi dari standard piawaian US (16 A.S.C 1371 (a) (2)). Peraturan ini dikenakan kepada mana-mana negara luar yang mengeskport ikan atau produk berkaitan perikanan ke pasaran US, sama ada secara langsung atau melalui negara perantara. Peruntukan baru MMPA berkuatkuasa mulai pada 1 Januari, 2022.

Semua jenis ikan mahupun produk perikanan yang dieksport ke US perlu disenaraikan di dalam List of Foreign Fisheries (LOFF) sepertimana yang didaftarkan di dalam portal data berasaskan web (IAICRS). Malaysia, sebagai salah satu negara yang menangkap ikan serta Negara yang memproses produk berkaitan perikanan, perlu memohon dan mendapatkan hasil perbandingan yang setara dengan standard US bagi setiap jenis produk perikanan yang dieksport dan dikecualikan di LOFF untuk membolehkan Malaysia terus mengeksport produk perikanan ke US. Bagi membolehkan Malaysia untuk menerima maklumat perbandingan ini, maklumat dan data yang berkaitan perlu dikemaskini di dalam IAICRS sebelum 15 Mei 2020.

Tujuan pengumuman ini adalah untuk memberi makluman kepada semua industri yang terlibat mengenai peruntukan baru MMPA. Memandangkan keadaan semasa COVID 19, sesi konsultasi bersama pihak industri berkaitan perkara ini yang dijadualkan pada April 2020 terpaksa ditunda. Oleh itu, kerjasama pihak industri yang mengeksport produk ke US adalah dipohon untuk memberikan maklumat seperti butir-butir berikut (sumber bahan mentah dan butiran syarikat seperti Lampiran 1) kepada pihak Jabatan Perikanan dan emalkan kepada vaani@dof.gov.my dan fadhlina@dof.gov.my.

Pengemaskinian maklumat ini adalah sangat penting bagi memastikan tiada produk perikanan dari Malaysia yang dikenakan sekatan dari memasuki pasaran US.

Pertanyaan lanjut sila hubungi vaani@dof.gov.my atau fadhlina@dof.gov.my.


  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Bioeconomy Corporation icon
  • MSC Malaysia icon
  • myGovernment icon